KEMARAU DI SUNGAI SEMBRONG












BERITA HARIAN 23 Mac 2010 bhnew@bharian.com.my

Sungai Sembrong susut jejas rezeki 20 nelayan Orang Asli

Kemarau yang melanda daerah Kluang bukan sahaja memberi kesan kepada manusia. Hidupan air yang menghuni di sungai dan tasik lebih teruk menerima akibatnya.Bila air sudah kering di mana ikan nak tinggal.. Sifu tertarik dengan artikel yang ditulis oleh sdr Kalam Hadi (wartawan BH.). Hanya manusia sahaja yang di war-warkan hadapI masalah., bagaimana dengan hidupan lain?

Masalah Nelayan sungai Sembrong pendapatan mereka terjejas. Begitu juga dengan mereka yang meminati hobi memancing. Setahu Sifu Sg Sembrong masih mempunyai banyak sepsis-spesis ikan yang terpelihara. Namun kerakusan manusia meneroka tangkapan ikan secara komersial menjadikan sumber perikanan sungai semakin di hempit kepupusan.

Penangkapan ikan menggunakan gombang/belat banyak membawa kemusnahan sumber perikanan sungai. Sifu mendapat maklumat di sungai sembrong terdapat 55 lesen gombang/belat. Sudah pasti jumlah yang banyak ini dapat menankap ikan dan udang dengan rakus. Bagaimana ikan hendak membiak..? Sumber Sifu beritahu terdapat 95 nelayann sungai berlesen. Baguslah mereka tahun undang-undang untuk mendapatkan lesen. Ketika musim udang terdapat lebih dari 300 pemancing akan membanjiri Sg Sembrong. Ini adalah satu aktivti yang sihat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sifu dimaklumkan alat pancing tidak dilesenkan hanya alat yang komersil sahaja yang dilesenkan.

Pada pandangan sifu ,pancing perlu dilesenkan, berdasarkan maklumat lesen tersebut dapatlah kita mendapat statistik yang tepat. dari aspek sumber,pencemaran dan pembangunan yang membawa kepada kemusnahan sungai. Apabila mereka berlesen kerajaan dapat mengenakan undang-undang uuntu memulihara sungai dan sumbernya.

Sifu pun meminati aktiviti memancing udang, dapat ketenangan dan menyeronokkan. Apa yang menyedihkan sifu bila pandangan yang mencemarkan di rezeb sungai,. pencerobohan rizeb sungai dengan penanaman kelapa sawit . Begitu juga dengan aktiviti pengambilan pasir dan melebarkan sungai . Kerakusan manusia telah menyebabkan ekosistem sungai telah diganggu..Sekiranya tiada tindakan pihak yang bertanggunjawab maka tidak mustahil kita akan ketandusan sumber perikanan sungai.

Apa yang berlaku yang akibat kerakusan manusia perlu dijadikan iktibar, kiata lihat sungai mengkibul Sifu dimaklumkan oleh orang lama dahulu terdapat banyak ikan di sungai tersebut tapi sekarang apa yang terjadi???

Sifu hairan kenapa orang Malaysia tidak peka dengan isu ini? Tiada NGO yang mempertahankan penjagaan sumber perikanan sungai dan pemuliharan sungai.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ternakan Ikan keli Dalam Tangki

Pengurusan kolam ternakan

PEMBIAKAN IKAN TILAPIA MERAH