DEFINISI KEPIMPINAN

1.7.1 Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin mempengaruhi pembantu perikanan bagi melaksanakan tanggungjawab mencapai objektif Jabatan Perikanan.

1.7.2 Tingkah laku Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1989), tingkah laku bermaksud perbuatan, gerak geri, kelakuan sikap, dan perangai. Manakala kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Gaya kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang mengamalkan secara tinggi atau rendah di dalam satu atau kedua-dua dimensi gaya kepimpinan. Dimensi gaya kepimpinan adalah struktur dan timbang rasa.



1.7.3 Struktur Tugas

Menurut Yulk (1989), struktur tugas adalah darjah seseorang pemimpin menstruktur dan mendefinisikan peraturan-peraturan pekerjanya ke arah mencapai matlamat. Dalam kajian ini, struktur tugas bermaksud perhubungan antara pemimpin dan pembantu perikanan terbentuk atas dasar pembentukan tatacara kerja yang mesti diikuti oleh pembantu perikanan semasa menjalankan tugas mereka.




1.7.4 Timbang rasa

Tingkah laku kepimpinan timbang rasa menurut Fleishmen (1969) membawa maksud gaya kepimpinan yang menunjukkan persahabatan, saling mempercayai, hormat menghormati, kemesraan, dan hubungan baik antara pemimpin dan pekerjanya. Dalam kajian ini, timbang rasa bermaksud tingkah laku yang menggambarkan persahabatan, saling mempercayai dan kemesraan perhubungan antara pemimpin dengan pembantu perikanan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengurusan kolam ternakan

DEFINISI KEPIMPINAN

Ternakan Ikan keli Dalam Tangki