Pengurusan ternakan
1.0 Pengenalan.
Pengurusan ternakan ikan dalam sangkar adalah satu aspek penting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek yang dijalankan. Pengurusan ternakan bermula dari benih dilepaskan sehingga sampai ke peringkat kutipan hasil. Pengurusan yang baik dan berkesan akan membuahkan kejayaan dalam bidang ternakan.
2.0 Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan sangkar.
2.1 Perlepasan benih.
2.1.1 Saiz Benih.
Saiz benih tilapia yang sesuai untuk ternakan ialah 7.5 cm. Namun begitu benih yang bersaiz melebihi 60 gram dan benih yang bersaiz 2.5 cm juga boleh diternak. Benih yang bersaiz melebihi 60 gram memerlukan masa yang lama untuk diasuh, sukar mendapatkan bekalan benih dan mahal harganya. Walaubagaimanapun benih yang bersaiz 2.5 cm boleh didapati dengan mudah, murah harganya dan senang diangkut ke tempat ternakan. Benih yang bersaiz 2.5 cm perlulah diasuh di dalam sangkar asuhan terlebih dahulu. Benih ini diasuh sehingga mencapai saiz 60 gram ( 10.0 – 12.0 cm )
2.1.2 Kadar perlepasan.
Kadar perlepasan bagi benih 2.5 cm yang akan diasuh di dalam sangkar asuhan adalah 100 ekor/m2. Kadar perlepasan bagi ternakan pula ialah 40 ekor/m2. Kadar perlepasan yang rendah akan merugikan ruang yang terdapat dalam sangkar. Kadar perlepasan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ikan lambat membesar dan merugikan masa ternakan.
2.1.3 Masa untuk melepaskan benih.
Masa yang sesuai untuk melepaskan benih ikan ke dalam sangkar ialah pada waktu pagi dan lewat petang. Elakkan melepaskan benih pada waktu tengahari kerana pada masa ini cuaca panas dan akan memberi tekanan kepada benih ikan. Pada masa itu suhu air dalam beg plastik dan suhu air disangkar mungkin berbeza. Perbezaan suhu yang ketara semasa melepaskan benih ikan boleh mengakibatkan ikan mengalami tekanan dan kematian yang tinggi.
2.1.4 Tindakan-tindakan sebelum benih dilepaskan.
Benih yang diterima dari pembekal lazimnya dibungkus dalam beg plastik yang mengandungi gas oksigen. Semasa dalam perjalanan dari hatcheri ke sangkar, suhu air akan berubah. Oleh itu sebelum benih dilepaskan, rendamkan beg plastik ke dalam sangkar selama 15 minit atau sehingga suhu air dalam beg plastik sama dengan suhu air kolam.
Kadangkala benih juga diangkut dengan lori khas. Biasanya benih ditempatkan di dalam tangki yang dimuatkan di dalam lori dan dibekalkan dengan pengudaraan. Dalam kes begini, penternak harus terlebih dahulu menyukat suhu dari dalam tangki dan suhu air sangkar dan bandingkan. Sekiranya suhu air dalam bekas lebih tinggi dari suhu air sangkar, maka penternak perlu menambah air batu ke dalam tangki supaya suhu air menurun sehingga ke paras yang sama dengan suhu air sangkar. Sekiranya suhu air sangkar lebih tinggi dari suhu air dalam bekas benih maka tindakan untuk menjemur tangki perlu dilakukan sehingga suhu air meningkat dan sama dengan suhu air sangkar.
2.1.5 Kaedah perlepasan benih ikan.
Bagi benih yang dibungkus di dalam beg plastik, penternak perlu memastikan terlebih dahulu bahawa suhu air dalam beg plastik dan suhu air kolam adalah sama.Setelah suhu sama, buka ikatan beg plastik dan masukkan air sangkar sedikit demi sedikit ke dalam beg plastik dan biarkan benih keluar sendiri dari beg plastik.
Bagi benih yang diangkut dengan lori, tangkap benih dan bubuh di dalam bekas. Bawa bekas tersebut ke atas pelantar sangkar dan masukkan air sangkar ke dalam bekas sedikit demi sedikit dan kemudian biarkan benih berenang keluar dari bekas.
3.0 Pengurusan Makanan
• Makanan rumusan dari bahan-bahan yang suci dan bersih adalah disyorkan.
• Makanan rumusan hendaklah tidak mengandungi bahan kimia dan ubat-ubatan terlarang.
• Kadar dan jadual pemberian makanan hendaklah disesuaikan dengan kepadatan dan saiz ikan seperti Jadual di bawah.
Saiz ikan (g) Jenis Kadar makanan (% BW) Kekerapan / hari Masa
10.0 Starter 5.2 3 10 am; 2 pm; 6pm
60.0 Grower 3.0 3 10 am; 2 pm; 6pm
100.0 Grower 2.5 3 10 am; 2 pm; 6pm
400.0 finisher 2.0 3 10 am; 2 pm; 6pm
• Makanan ikan yang diperolehi hendaklah mempunyai sijil atau surat pengesahan “Supply Quality Assurance” (SQA) dari pembekal.
• Sisa haiwan ternakan mentah TIDAK dibenarkan digunakan sebagai makanan secara terus bagi mengelakan pencemaran air, penyakit dan penyebaran bahan kimia kepada ikan ternakan.
• Makanan ikan hendaklah disimpan dalam stor (makanan) yang kering dan selamat.
• Makanan yang telah melebihi tarikh luput dan telah rosak tidak boleh digunakan kerana akan menjejaskan kesihatan ikan dan seterusnya memberi kesan kepada pengguna.
• Pemberian makanan adalah bergantung kepada kandungan oksigen terlarut. Semasa kandungan oksigen di bawah paras 3 ppm, masa dan kadar pemberian makanan perlu diubahsuai.
• Makanan tidak diberi sewaktu hujan lebat kerana ikan mengalami tekanan akibat perubahan fizikal air secara mendadak.
3.1 Jenis-jenis Makanan.
a. Makanan semulajadi.
Makanan semulajadi adalah terdiri dari makanan asasi seperti plankton yang terdiri dari fitoplankton dan zooplankton. Makanan ini penting bagi benih ikan diperingkat asuhan. Makanan ini terdapat di kawasan ternakan secara semulajadi. Di antara makan hidup yang terdapat di dalam kawasan ternakan ialah moina, rotifer, cladosera, daphnia dan sebagainya. Makanan ini tidak cukup untuk menampung ikan-ikan yang diternak.
b. Makanan tambahan.
Makanan tambahan adalah terdiri dari bahan-bahan dari alam semulajadi dan sisa pertanian. Makanan tambahan adalah terdiri dari
i. Daun tumbuhan seperti daun ubi dan kangkong.
ii. Sisa sayuran.
iii. Dedak padi, gandum dan barli.
iv. Sisa dari kilang seperti hampas soya dan hampas kacang tanah.
v. Ikan baja.
c. Makanan rumusan.
Makanan rumusan adalah merupakan makanan yang lengkap dan seimbang. Ia terdiri dari campuran karbohiderat, protin, lemak, mineral dan vitamin. Sumber campuran tersebut adalah terdiri dari bahan-bahan berikut:
i. Sumber protin terdiri dari:
• Fish meal.
• Hampas kacang soya.
• Hampas kacang tanah.
• Serbuk bulu
ii. Sumber karbohiderat.
• Dedak padi.
• Dedak gandum
• Dedak barli.
iii. Sumber lipid.
• Minyak ikan.
Makanan rumusan biasanya dalam bentuk basah dan kering. Makanan rumusan kering yang dipanggil pelet lebih digemari oleh penternak kerana ia mudah didapati di pasaran dan mudah disimpan. Ada pelet yang tenggelam dan ada yang timbul. Pelet timbul paling sesuai untuk ternakan ikan dalam sangkar dan lebih digemari oleh penternak kerana penternak dapat memberi makanan sedikit demi sedikit dan dapat menganggarkan makanan yang diperlukan oleh ikan. Keadaan ini dapat mengelakkan pembaziran makanan.
Makanan rumusan atau pellet terdiri dari 3 kategori iaitu
i. Pelet Starter
Merupakan makanan permulaan yang diberikan kepada benih yang baru dilepaskan ke dalam sangkar sehingga berumur 1 – 2 bulan. Biasanya mengandungi protin melebihi 32 peratus dan bersaiz kecil ( kurang dari 1.0 mm ).
ii. Pelet grower.
Merupakan makanan untuk tumbesaran. Mengandungi protin melebihi 20 peratus. Saiznya lebih besar dari pellet starter. Di beri kepada ikan yang berumur melebihi 1 – 2 bulan hingga berumur
4 – 5 bulan.
iii. Pelet finisher.
Merupakan makanan penamat. Mengandungi protin antara 18 – 24 peratus. Saiznya lebih besar dari makanan tumbesaran. Diberi kepada ikan yang berumur melebihi 4 – 5 bulan sehingga mencapai saiz pasaran.
d. Kadar pemberian makanan.
Kadar pemberian makanan bermaksud jumlah makanan yang perlu diberi kepada ikan berdasarkan berat makanan dan umur ternakan bagi setiap hari sepanjang tempoh ternakan. Kadar pemberian makanan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Umur ikan ( Bulan ) % / Berat badan ikan.
1 10
2 7
3 5
4 3
5 2
6 2
e.
Kadar penukaran makanan ( Food Conversion Rate )
Kadar penukaran makanan ( Food Conversion rate – FCR ) bermaksud keupayaan sesuatu jenis ikan menukar beberapa kilogram makanan kepada 1 kilogram berat badan dalam suatu tempoh ternakan.Contohnya :
FCR 2 : 1
Nisbah di atas bermaksud 2 kilogram makanan diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram ikan.
f. Menganggarkan jumlah makanan yang diperlukan oleh ikan ternakan bagi satu jangka masa ternakan.
Untuk menentukan jumlah makanan yang diperlukan oleh ikan bagi satu jangka masa ternakan, kerja-kerja penyampelan perlu dilakukan ke atas ternakan. Biasanya kerja-kerja ini dilakukan dengan kekerapan sekali bagi setiap dua minggu. Contohnya, sekiranya ternakan itu dijalankan selama 6 bulan ini bermakna kerja-kerja penyampelan dijalankan sebanyak 11 kali. Kerja-kerja penyampelan dilakukan dengan menangkap ikan dari sesuatu petak sangkar secara rawak menggunakan jala. Sebanyak 50 – 100 ekor ikan akan ditangkap dan ditimbang berat serta diukur panjang dan direkodkan. Kirakan purata berat dan anggarkan bilangan ikan yang masih ada di dalam sangkar. Darabkan berat purata dengan jumlah ikan yang terdapat di dalam sangkar berkenaan untuk mendapatkan jumlah berat ikan. Kemudian darabkan jumlah berat badan dengan peratus makanan yang dicadangkan dari berat badan.
Contoh :
Berat purata ikan - 100 gram.
Jumlah ikan - 500 ekor.
Kadar pemberian makanan - 10 % dari Berat Badan
Jumlah berat ikan - 100 gram x 500 ekor
= 50,000 gram
= 50 kg.
Jumlah makanan yang diperlukan = 50 kg x 0.1 %
= 5.0 kg
Ini bermakna jumlah makanan yang perlu diberi kepada ikan dalam sangkar ternakan berkenaan adalah sebanyak 5.0 kg setiap hari selama 14 hari berikutnya. Ulangi proses penyampelan ini sehingga ke 14 hari terakhir sebelum kutipan hasil dimulakan.
3.1.1 Kaedah pemberian makanan.
a. Cara tabur.
Kaedah ini biasa digunakan oleh penternak kecil. Makanan dimasukkan ke dalam bekas seperti baldi dan penternak akan membawa makanan tersebut ke sekeliling pelantar sangkar sambil menabur makanan. Kaedah ini di dapati sesuai bagi ternakan kecil-kecilan.
c.‘ Demad Feeder ‘
Alat ini tediri dari tabung makanan, injap dan padel yang terendam di dalam air. Alat ini dipasang ditepi sangkar. Makanan dimasukkan ke dalam tabung makanan berbentuk silo dengan bahagian bawahnya berbentuk kun dan dipasang injap. Injap ini akan terbuka sekiranya padel digerakkan. Apabila hendak makan ikan-ikan akan menyentuh padel dan pergerakkan ini akan membuka injap dan makanan akan jatuh ke dalam sangkar. Ikan-ikan akan merebut makanan tersebut. Penternak perlu memeriksa tabung makanan dan mengisinya semula apabila makanan di dalam tabung itu habis dimakan ikan.Proses ini akan berulangan sehinggalah semua ikan sudah kenyang.
Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik kerana ikan akan mengambil makanan secukupnya sehingga kenyang. Ini bermakna ikan sentiasa mendapat makanan yang mencukupi dan berterusan. Keadaan ini akan mempercepatkan tumbesaran ikan.
d.‘ Automatic Feeder ‘.
Alat ini terdiri dari bekas makanan, injap saluran keluar makanan dan alat penggera automatik. Makanan diisi kedalam bekas makanan. Alat penggera ini boleh diset mengikut waktu yang diperlukan. Apabila sampai waktunya alat penggera akan berbunyi,ikan akan berkumpul di bawah alat ini, injap terbuka dan makanan akan jatuh kedalam sangkar mengikut jumlah yang telah ditentukan.
4 Kawalan pesaing dan musuh.
4.1 Pesaing.
Pesaing kepada ikan ternakan dalam sangkar adalah terdiri dari ikan-ikan liar dan lumut. Pesaing berkenaan akan bersaing dengan ikan yang diternak untuk menggunakan ruang tempat tinggal, berebut makanan, bersaing menggunakan oksigen terlarut dan sebagainya.
Pesaing-pesaing berkenaan perlu dihapuskan agar tumbesaran ikan tidak terganggu. Biasanya ikan liar akan memasuki sangkar melalui lubang jarring. Ikan ini akan masuk semasa kecil dan membesar di dalam sangkar hingga tidak boleh lepas keluar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarkan ikan-ikan tersebut semasa penternak membuat pemeriksaan harian.Untuk menghapuskan lumut atau alga yang hidup melekat pada jarring sangkar, lepaskan beberapa ekor ikan temakang untuk memakan lumut tersebut. Kawalan secara biologi ini dapat menjimatkan kos tenaga buruh. Cara lain yang biasa digunakan ialah dengan mencuci jaring tersebut atau menggantikannya tersebut dengan jarring baru.
4.2 Musuh.
Musuh ikan ternakan terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:
a.Musuh di daratan.
Di antara musuh di daratan ialah
• Biawak.
• Memerang
Biawak akan menyerang ikan pada waktu siang manakala memerang pula menyerang ikan pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah biawak, dan memerang tutup semua sangkar dengan jarring. Biawak dan memerang tidak berkeupayaan untuk memasuki sangkar.
b. Musuh di dalam air.
Di antara musuh ikan di dalam air ialah
• Ular.
• Toman.
• Labi-labi.
Ular air dan ular sawa merupakan musuh ikan yang sukar dikesan. Untuk mengelakkan ular berada di dalam sangkar, tutup sangkar dengan jarring yang sesuai. Jika terdapat ular di dalam sangkar, usaha untuk menghapuskannya perlu dilaksanakan. Ikan toman berada di luar sangkar. Menyerang ikan dari luar sangkar. Walaupun tidak dapat memakan ikan tetapi ia mampu mencederakan. Ikan toman perlu ditangkap dengan menggunakan pancing atau tajuh. Labi-labi hidup di dalam sungai, empangan dan taliair. Menyerang ikan dengan berkesan terutamanya di dasar. Untuk mengatasi masalah ini elakkan membina sangkar di kawasan yang cetek.
c. Musuh di udara.
Musuh di udara terdiri dari
i. Burung Lang
Burung lang menyerang ternakan pada waktu siang. Ikan yang besar dan telah mencapai saiz pasaran menjadi sasarannya. Serangan lebih berkesan terhadap sangkar yang terletak diperairan yang jernih dan ikan mudah dikesan dari udara. Bagi mengelakkan burung lang menyerang ternakan pasang jarring pada setiap petak sangkar.
ii. Burung Raja Udang atau Pekaka
Burung raja udang menyerang mangsa pada waktu siang. Burung ini akan hinggap pada pokok yang berhampiran untuk mengesan ikan sebelum menyambar mangsa. Mangsa tumpuannya adalah benih ikan yang masih kecil. Burung ini tidak mampu menyerang ikan-ikan besar.
Bagi mengatasi masalah serangan dari burung ini, pastikan tiada pokok atau tiang berhampiran sangkar yang boleh menjadi tempat untuk hinggap bagi burung ini. Selain dari itu kawasan ternakan perlu dipagar untuk mengatasi masalah ini.
iii. Burung Gagak
Burung gagak menyerang mangsa pada waktu siang. Mangsanya tertumpu kepada benih ikan yang masih kecil dan ikan-ikan yang lemah berenang dipermukaan air.
Kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah hapuskan burung ini kerana ia banyak membawa masalah kepada alam sekitar. Hapuskan tempat burung ini bertenggek semasa hendak mengesaan mangsa.
iv. Burung Hantu
Burung hantu menyerang mangsa pada waktu malam terutamanya pada waktu tengah malam. Biasanya pada masa ini kandungan oksigen larut mula menurun di bahagian dasar tetapi kandungan oksigen terlarut agak tinggi di permukaan air. Oleh itu ikan-ikan akan berada di permukaan air untuk bernafas. Semasa ini burung hantu mudah menyerang ikan.
5.0 Pemeriksaan harian.
• Pemeriksaan harian dijalankan pada waktu pagi (sebelum pukul 10.00 pagi) bagi menentukan;
Struktur sangkar dan peralatan seperti tali sauh, pelampung, alat pengudaraan, jaring dalam keadaan baik dan bersih.
Kesihatan dan kematian ikan.
Fizikal air seperti kekeruhan, bau dan bahan terapung.
• Jaring sangkar ditukar apabila ianya diselaputi lumut tebal dan dibersihkan di daratan.
• Peralatan ternakan lain seperti pelampung, jaring, pelantar yang rosak perlu dibaiki atau diganti
• Pensampelan ikan dilakukan setiap dua minggu secara rawak (1% daripada jumlah ikan) bagi menentukan tumbesaran, kesihatan, keperluan makanan dan direkodkan.
6.0 Pemeriksaan mutu air.
• Mutu air bagi parameter suhu dan kandungan oksigen terlarut diperiksa dan direkodkan setiap dua kali sehari iaitu pada pukul 8.00 pagi dan 8.00 malam.
• Mutu air bagi parameter pH, NH3, dan NO3 diperiksa setiap minggu dan direkodkan.
• Jika oksigen terlarut kurang dari 3 ppm, sekurang-kurangnya 3 unit alat pengudaraan (1 Hp) digunakan untuk satu modul/blok.
7.0 Pengurusan Kesihatan Ikan.
• Aspek pencegahan perlu dilakukan bagi mengawal penyakit dengan menjamin sumber air yang berkualiti, pengudaraan yang baik, pemberian makanan yang mencukupi dan mengelakkan dari kemasukan agen patogen dari luar sangkar.
• Ikan yang berpenyakit hendaklah diasingkan dan dirawat dengan segera dan jaring hendaklah ditukar dan dibersihkan di darat.
• Ikan yang sakit bpleh dirawat di dalam tangki atau kolam kanvas yang disediakan di atas rakit sangkar.
• Jenis penyakit dan kaedah rawatan seperti dalam jadual di bawah.
Bil Penyakit Simpton Rawatan
1 Bintik puteh Bintik puteh pada badan, sirip dan insang. Garam – 5.00 ppm
2 Reput Sirip Sirip ekor reput dan gugur KmnO 4 – 2.0 ppm
3 Kutu Insang Insang reput dan berlendir Formalin – 2.0 ppm
4 Lernaeasis Bintik-bintik merah pada kulit dan sirip Formalin – 2.0 ppm
5 Argulosis Bintik-bintuk merah Formalin – 2.0 ppm
• Penternak hendaklah melaporkan sebarang kejadian penyakit “virulent” seperti dalam jadual di atas dan kematian ikan secara besar besaran ke Pejabat Perikanan yang terdekat.
• Jika terdapat ikan yang telah mati di dalam sangkar, kutip ikan tersebut dan lupuskan di daratan.
• Pengamatan fizikal kesihatan ikan dilakukan setiap hari seperti;
o Ikan berenang tidak tentu arah
o Mengasingkan diri
o Tidak mahu makan
o Tercungap-cungap di permukaan
o Menggeselkan badan pada jaring
o Terdapat tanda-tanda pendarahan, keputihan dan luka pada anggota ikan
o Terdapat fungus dan parasit pada anggota ikan
o Insang sentiasa terbuka
o Mata terbonjol dan keputihan
8.0 SANITASI
• Semua peralatan pengangkutan dan pengurusan dibersihkan di daratan dan disimpan dengan baik selepas setiap kali penggunaannya.
• Sisa pembuangan pembersihan peralatan tidak dilepaskan secara terus ke dalam perairan ternakan supaya tidak berlaku pencemaran.
• Bahan pencuci yang digunakan dari bahan yang tidak memudaratkan kesihatan manusia.
• Peralatan keselamatan dan ubat-ubatan kecemasan pekerja disediakan dan disimpan di tempat yang selamat dan mudah diambil.
9.0 BIOSEKURITI
• Ikan yang mati hendaklah direkodkan dan dilupuskan segera di darat seperti dibawah untuk mengelakkan penyebaran penyakit;
o Dibakar di tempat khas
o Ditanam setelah dinyahkuman
• Menyediakan kemudahan nyahkuman ( foot bath) bagi pekerja dan pelawat di pelantar ternakan.
• Kemasukan pelawat dan pergerakan pekerja di kawasan ternakan dihadkan serta dikawal bagi tujuan pencegahan penyebaran penyakit.
• Pastikan ikan ternakan tidak terlepas ke dalam perairan umum agar tidak menjejaskan kepelbagaian spesies.
• Binatang peliharaan tidak dibenarkan kecuali telah mendapat sijil kesihatan daripada pihak berkuasa.
• Pembawa (carrier) dan patogen hendaklah dikawal supaya penyakit tidak merebak ke persekitaran semulajadi.
10.0 PENCEMARAN DOMESTIK
• Sampah dan bahan-bahan buangan yang lain perlu dibawa ke darat untuk dilupuskan seperti kaedah dibawah;
o Ditanam
o Dibakar di tempat yang dikhaskan.
o Dilonggokkan ditempat buangan sampah yang dikhaskan.
• Tandas tidak dibenarkan dibina di kawasan ternakan melainkan mempunyai tangki septik yang mengikut piawaian pihak berkuasa.
• Tong sampah yang tahan karat dan mencukupi disediakan di kawasan ternakan.
11.0 REKOD DAN DATA TERNAKAN
Pengurusan projek akan lebih berkesan dengan adanya sistem rekod dan perkara berikut perlu direkodkan:
• Penyediaan sangkar.
• Pengurusan air, benih, makanan, dan kesihatan ikan.
• Kadar hidup,kematian ikan dan pengeluaran hasil.
• Penggunaan ubat-ubatan dan bahan-bahan kimia.
• Pelawat
• Rekod dan latihan pekerja
• Makhluk perosak
• Sanitasi dan biosekuriti
• Perolehan bahan mentah dan peralatan
• Kewangan (pembelian, jualan hasil).
12.0 Penutup.
Pengurusan ternakan yang cekap, baik dan berkesan adalah merupakan factor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek yang dijalankan. Tanpa pengurusan yang cekap dan berkesan, maka sesuatu projek tersebut tidak dapat diurus dengan sempurna dan mencapai kejayaan. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pengurus atau penternak menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan.

maklumat yang sangat berguna...cuma ingin bertanya tentang masalah pemangsa seperti memerang, saya telah menggunakan jaring di sekeliling sangkar tetapi memerang tersebut telah menggigit sangkar dan makan di dalamnya...ada apa2 kaedah lain yang boleh dikongsikan?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570