Ternakan Moina

A. Peralatan dan bahan minima yang diperlukan.

1. Tangki simen/konkrit berukuran 5 x 10 x 1 meter - 10 buah

2. Sisa ajinomoto ( Ami – Ami )

3. Baja NPK ( 60 : 40 : 0 )

4. Baja Urea ( 46 : 0 : 0 )

5. Air Blower

6. Submisible pump

7. Moina collecter.


B. Tatacara.

1. Langkah 1 ( Hari Pertama – pagi ).

• Penyediaan kolam ternakan – pembersihan dasar dan dinding tangki/kolam.

• Keringkan dan jemur di bawah cahaya matahari selama 1 – 2 jam.

2. Langkah 2 ( Hari Pertama – petang ).

• Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam tangki :-
- 5 liter ami-ami.
- 1.0 kg NPK.
- 1.0 kg Urea.

• Masukkan air sedalam 20 cm.
• Kacau rata campuran di atas.
• Dedahkan kepada cahaya matahari.
• Pasangkan alat pengudaraan.

3. Langkah 3 ( Hari Kedua – pagi )

• Masukkan 1 tan air hijau ( green water ).
• Tambahkan air bersih sehingga ke paras 40 cm.
4. Langkah 4 ( Hari Ketiga – pagi )

• Masukkan air bersih sebanyak 20 cm lagi sehingga menjadi 60 cm.

• Pindahkan induk moina sebanyak 2 kg kedealam tangki.

• Biarkan Moina berkembang biak.

5. Langkah 5 ( Hari ke tujuh ) – memungut hasil.

• Selepas 4 hari induk moina dilepaskan ke dalam tangki ternakan, moina akan berkembangbiak sehingga mencapai hasil antara 5 – 10 kg.

• Ada dua cara untuk mengutip hasil iaitu

a. Menggunakan tangguk hasul.

b. Mengeringkan tangki dan moina dipungut dengan
menggunakan net halus di saluran air keluar.

6. Pengendalian hasil.

• Moina yang dipungut perlu dicuci dengan air bersih.

• Moina yang telah dibersihkan diberi kepada benih ikan.

• Moina yang telah dibersihkan boleh disimpan di dalam tangki yang dipasang alat pengudaraan dan begi memastikan moina tersebut terus hidup, bekalan makanan seperti air hijau perlu diberi setiap hari.

• Selain dari itu moina yang berlebihan boleh disejukbeku untuk kegunaan seterusnya.

Comments

  1. Rtretrterrrreeert4r4yyuee it 7yyyyyyyygrrrtttttrr we edr

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengurusan kolam ternakan

DEFINISI KEPIMPINAN

PEMBIAKAN IKAN TILAPIA MERAH