Pengurusan Penyakit Ikan
1.0 Pendahuluan.
Ikan-ikan hidup dalam keadaan sihat di perairan semulajadi yang mempunyai ekosistem yang seimbang dan sesuai untuk mereka. Ekosistem yang seimbang akan memberi keselesaan kepada ikan dan hidupan lain. Ikan di perairan umum akan mengalami ketegasan akibat ekosistem yang telah terganggu dan tercemar oleh aktiviti manusia seperti pembuangan bahan kumbahan dari kawasan perumahan, efluen dari kilang dan hakisan tanah dari kawasan pembinaan, pembalakan dan aktiviti pertanian. Apabila ikan mengalami tegasan, maka ikan akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit.
Dalam ternakan ikan air tawar dalam kolam, penyakit juga sering menyerangkan apabila ikan mengalami tegasan. Oleh itu untuk mengelakkan ikan dari di serang penyakit, pengurusan kesihatan ikan perlu diberi keutamaan dalam usaha mencegah berlakunya penyakit ikan. Pengurusan yang baik dapat mengujudkan suasana ekosistem yang baik dan produktif serta boleh menyediakan tempat yang sesuai untuk ikan hidup, membiak dan membesar. Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya penyakit ikan yang biasanya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada penternak.
2.0 Penyakit Ikan.
Penyakit ikan berlaku atau menyerang ikan apabila ikan mengalami ketegasan akibat faktor-faktor berikut :
• Apabila mutu air merosot atau berada di paras yang melebihi julat yang sesuai untuk ikan hidup dan membesar.
i. Oksigen terlarut kurang dari 3.0 mg/l.
ii. pH kurang dari 6.0 dan melebihi 8.5
iii. Ammonia melebihi 1.0 ppm
iv. Nitrat melebihi 1.0 ppm
v. Nitrit melebihi 0.02 ppm
vi. Suhu kurang dari 26 ºC.
• Kekurangan makanan seimbang atau makanan yang tidak berkualiti.
• Baka yang kurang baik.
• Pertukaran air yang tidak sempurna.
• Penyediaan kolam yang tidak betul.
Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti di Gambar Rajah di bawah
Gambarajah : Fenomena Penyakit Ikan
Penyakit ikan berlaku apabila keadaan alam sekitar yang tidak baik yang menyebabkan ikan mengalami tegasan dan lemah. Keadaan ini akan menyebabkan agen penyakit akan menyerang ikan dan berlakunya jangkitan penyakit ikan.
3.0 Jenis-jenis penyakit ikan.
Jenis-jenis penyakit ikan adalah terdiri dari
3.1 Penyakit yang disebabkan oleh Parasit.
3.1.1 Jangkitan Ichthyophthirius multifilis.
Parasit ini terdiri dari kumpulan protozoa dan dikenali dengan nama ringkas ‘Ich’. Merupakan salah satu penyakit yang boleh menjangkiti dan membahayakan ikan dalam masa yang singkat dan boleh menyebabkan kematian yang serentak. Parasit ini menyerang semua jenis ikan air tawar terutama rega dan benih ikan. Akan menyerang apabila ikan mengalami tegasan dan pada julat suhu yang terlalu berbeza. Mudah menyerang semasa suhu air rendah. Ikan yang dijangkiti akan menunjukkan bintik-bintik putih pada seluruh badan. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit bintik putih.
3.1.1.1 Morfologi dan Biologi.
Parasit ini berbentuk bulat dan bersilia disekelilingnya. Mempunyai makronukleus yang besar berbentuk ladam kuda atau berbentuk c dan dapat dilihat dengan jelas di bawah mikroskop. Parasit ini akan menyerang bahagian badan iaitu kulit, sirip dan insang. Kehadiran parasit ini dapat dilihat pada badan ikan dengan jelas melalui bintik-bintik putih yang terbentuk pada ikan. Pada fasa dorman pembentukkan sista akan berlaku terutamanya pada bahagian insang ikan. Parasit akan berada pada kulit sehingga matang sebelum meninggalkan perumahnya dan berlindung pada substratum di dasar kolam. Parasit ini membiak secara belahan dua dan menghasilkan beratus-ratus larva yang dikenali sebagai tomit. Tomit yang dihasilkan adalah bersedia untuk menyerang pemangsa. Tomit adalah peringkat anak parasit yang bentuknya bujur dan aktif berenang semasa mencari mangsa dengan segera agar dapat mengulangi kitar hidupnya ( 3 – 4 hari ).
Gambarajah 1 : Ichthyopthirius multifilis ( White Spot )
Gambarajah 2 : Kitaran hidup protozoa Ichthyopthirius multifilis
3.1.1.2 Tanda- tanda penyakit.
a. Ikan tiada selera makanan. Makanan yang diberi tidak habis dimakan oleh ikan.
b. Ikan akan berenang perlahan, tidak tentu arah, lemah dan kadangkala bergerak pantas di permukaan air.
c. Menggeselkan badan pada batu, kayu atau objek keras di dalam kolam kerana gatal.
d. Terdapat bintik-bintik putih pada badan bagi ikan yang dijangkiti.
3.1.1.3 Rawatan.
Bahan
Dos
Kekerapan
i.Garam + Formalin
ii. Kalium permangganat
iii. Garam
1000 ppm + 20-25 ppm
2.0 ppm
10 ppt
3 kali berturut-turut(Setiap 2 hari) selama 2 minggu.
1 kali seminggu & ulang sehingga sembuh
Tiap-tiap hari selama 3 hari
3.1.1.4 Pencegahan.
Jangan gunakan alat-alat yang telah digunakan di kolam yang telah dijangkiti ke kolam-kolam lain. Peralatan perlu dirawat agar jangkitan tidak merebak melalui penggunaan peralatan. Pastikan suhu air kolam sentiasa berada pada paras yang telah ditetapkan. Kolam-kolam yang dijangkiti perlu disediakan dengan teliti dan pengapuran kolam dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan sehektar perlu dilakukan.
3.1.2 Jangkitan Trichodina.
Penyakit ini disebabkan oleh parasit Trichodina sp. Menjangkiti semua jenis ikan ternakan seperti Kap Kepala Besar, Kap Rumput, Lee Koh, Lampam Jawa dan Tilapia. Penyakit ini akan cepat merebak di kolam yang berlaku kemerosotan mutu air. Boleh menyebabkan kematian yang tinggi.
3.1.2.1 Morfologi dan biologi.
Berbentuk bulat dan bersilia disekelilingnya yang jelas kelihatan di bawah mikroskop. Menyerang bahagian kulit dan insang ikan. Dentikelnya yang bulat dan berangkai seperti cincin merupakan cirri utama dalam pengkelasan protozoa ini. Dentikelnya boleh dilihat dengan jelas dari pandangan bawah(ventral) melalui mikroskop. Dari pandangan sisi, Trichodina sp. kelihatan seperti loceng atau topi. Pergerakannya sangat pantas jika dilihat di bawah mikroskop. Cepat membiak dengan cara pembiakan berganda dan ia mudah merebak dan menjangkiti ikan-ikan lain.
3.1.2.2 Tanda-tanda penyakit.
• Ikan yang dijangkiti akan berkeadaan lemah dan merasa gatal serta menggesel-geselkan badanya pada batu atau kayu yang terdapat dalam kolam.
• Akan terdapat lendir yang berlebihan pada kulit dan insang.
• Ikan akan berenang pantas dan kadang kala berpusing ligat.
3.1.2.3 Rawatan.
Rawatan yang disyorkan adalah seperti di bawah :
Bahan
Dos
Kekerapan
i. Garam + Formalin.
ii. Formalin
1000 ppm + 25 ppm
25 ppm
2 – 3 hari berturut-turut selama 1 minggu ( 2x )
2 hari berturut-turut selama 1 minggu ( 3 x )
3.1.2.4 Pencegahan.
Langkah pencegahan yang disyorkan adalah seperti berikut :
a. Pastikan benih-benih yang hendak dilepaskan ke dalam kolam adalah sihat dan tidak dijangkiti oleh Trichodina sp. Jika tidak rawatan prapenibaran perlu dibuat dengan merendam benih ke dalam larutan garam + formalin pada kadar 2000 ppm + 10 ppm.
b. Periksa parameter mutu air dan pastikan mutunya sentiasa baik dan memuaskan.
c. Sisa-sisa makanan yang berlebihan dalam tangki terutamanya diperingkat asuhan benih perlu dibersihkan agar ia tidak mengotorkan air.
3.1.3 Jangkitan Chilodonella.
Penyakit ini berpunca dari parasit Chilodonella sp. Parasit ini akan menjadikan kulit dan insang sebagai sasarannya. Parasit ini menyerang semua jenis ikan. Sasaran utamanya adalah anak benih diperingkat asuhan di mana keadaan kualiti air yang merosot.
3.1.3.1 Morfologi dan biologi.
Parasit ini berbentuk bulat melonjong atau seakan-akan bentuk jantung manusia. Ianya juga mudah dikenali kerana mempunyai beberapa barisan silia yang selari mengikut sisi atau tepi badan protozoa tersebut. Biasanya dapat dikesan bersama-sama parasit lain. Parasit ini membiak dengan cepat mengikut cara pembiakan “asexual atau sexual”.
3.1.3.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan kelihatan gelisah, menggesel-geselkan badan pada benda keras kerana gatal.
b. Kulit dan insang yang dijangkiti berwarna kelabu keputihan.
3.1.3.3 Rawatan.
Rawatan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Bahan
Dos
Kekerapan
a. Garam + Formalin
b. Formalin
1000 ppm + 25 ppm
25 ppm
3 hari berturut-turut selama 1 minggu (2x)

3.1.3.4 Pencegahan.
Langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut :
a. Pastikan mutu air sentiasa berada dalam keadaan baik.
b. Kapur kolam yang dijangkiti dengan kapur abu panas semasa penyediaan kolam.
c. Rawat benih dengan garam dan formalin pada kadar 1000 ppm dan 25 ppm sebelum dilepas ke dalam kolam.
3.1.4 Penyakit ‘ Velvet’.
Penyakit ini disebabkan oleh parasit Piscioodinium pilluare yang dahulunya dikenali sebagai Oodinium sp. dan menjadi agen penyebab penyakit ‘velvet’ pada ikan hiasan. Pada hari ini, penyakit ini telah menjangkiti ikan ternakan terutamanya ikan lampam jawa. Jangkitannya menjadi masalah besar khususnya pada peringkat asuhan benih dan boleh menyebabkan kematian sehingga 100 peratus. Walaupun terdapat beberapa spesies kap seperti Jelawat, Kap Rumput dan Kap Kepala Besar dijangkiti oleh penyakit ini , namun yang paling serius adalah adalah jangkitan terhadap ikan Lampam Jawa.
3.1.4.1 Morfologi dan biologi.
Piscinoodinium sp. jelas dilihat di bawah mikroskop berbentuk bulat dan bujur. ‘Trophont’ parasit ini berbentuk spera atau ‘pyriform’ ( seperti buah lai ), tidak bergerak, berwarna coklat atau hitam dan saitoplasmanya mempunyai bintik-bintik granul terapung. Berbeza saiznya mengikut peringkat kitaran hidupnya. Trophont mempunyai struktur sitoplasma yang berakar, berfungsi sebagai organel pelekat pada tisu perumah. Struktur ini hanya jelas kelihatan di bawah mikroskop electron dan digelar sebagai ‘rhizoid’.
‘Rhizoid’ ini akan menembusi tisu dan merosakkannya terutama di insang dan kulit kerana penembusan organel-organel seperti akar ke atas tisu tersebut. Jangkitan pada insang akan menykarkan pernafasan dan jika jangkitan pada kulit akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bacteria. ‘Trophont-trophont’ yang melekat pada ikan akan matang dengan mudah pada suhu yang sesuai
( 26 –27º C ). Oleh itu jangkitan akan mudah berlaku dan merebak dengan sepatnya.
3.2 Penyakit yang disebabkan oleh Kulat.
3.2 Penyakit yang disebabkan oleh Bakteria.
3.3 Penyakit yang disebabkan oleh Virus.

Agen Bola Terbaik & Terpercaya
ReplyDeleteAyo Bertaruh Bersama kami di agens128. win
Dapatkan Bonus New Member 10%
Bonus cashback setiap minggunya
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
WhatsApp : 087789221725
R&D Penyakit Ikan - UPM Malaysia
ReplyDeleteIntensive aquaculture poses a potential risk for the outbreak of aquatic diseases, including streptococcosis (50% – 70% mortality rate) and aeromoniasis (>80% mortality rate), particularly in larger farms where infection risks tend to be higher, which cause a billion losses in aquaculture industry.
Feed-Based Vaccine for Freshwater Fishes -Info terkini R&D
Info
https://sciencepark.upm.edu.my/article/feed_based_vaccine_for_freshwater_fishes-76688