MODEL KEPIMPINAN
Beberapa teori dan pendekatan yang berbeza digunakan oleh penyelidik-penyelidik dalam mengkaji gaya kepimpinan. Tiga pendekatan utama dalam mengkaji gaya kepimpinan adalah pendekatan sifat, pendekatan tingkah laku, dan pendekatan situasi. Fokus kajian ini adalah pendekatan tingkah laku.
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd. Makhbul (2002), pendekatan tingkah laku boleh dimaksudkan sebagai apakah yang dilakukan oleh seseorang pemimpin terhadap pengikutnya atau organisasinya dalam melaksanakan tugasnya. Pendekatan ini akan menumpukan kepada apa yang dilakukan oleh pemimpin yang efektif dan bagaimana mereka mendelegasikan tugas-tugas, cara berhubung, cara mereka mendorong subordinat mereka, dan bagaimana mereka menjalankan tugas. Secara umumnya, terdapat tiga model yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik dalam mengenal pasti tingkah laku pemimpin iaitu Kajian Ohio State (OSU), Kajian Universiti Michigan, dan Grid Pengurusan.
Dalam kajian yang dijalankan ini, model yang akan digunakan adalah Kajian Ohio State (OSU). Ohio State University telah memulakan satu kajian pada tahun 1945 untuk mengenal pasti dimensi-dimensi yang berbeza tentang gelagat pemimpin. Dua faktor
kepimpinan telah dikenal pasti iaitu berorientasikan struktur tugas dan timbang rasa (Razali Mat Zin,1990: 43).
Tingkah laku struktur bermaksud perhubungan di antara ketua dan subordinatnya terbentuk atas dasar pembentukan tatacara kerja yang mesti diikut oleh subordinat semasa menjalankan kerja mereka. Oleh itu, struktur tugas melihat kepada sejauh mana pemimpin memberi perhatian kepada kegiatan penyusunan kerja, penjadualan objektif, dan penekanan struktur melalui tingkah laku struktur tugas berdasarkan mendefinisikan struktur peranan pemimpin dan pekerja melalui aktiviti seperti penjadualan, definisi tugas, menetapkan tarikh tamat dan menyelesaikan masalah (Mohd. Hizam dan Zafir, 2002: 248).
Manakala tingkah laku bertimbang rasa bermaksud tingkah laku yang menggambarkan persahabatan, saling mempercayai dan kemesraan perhubungan antara ketua dan subordinatnya. Tingkah laku berdasarkan ‘bertimbang rasa’ melibatkan perhubungan yang harmoni antara pemimpin dengan pengikutnya. Pemimpin cuba mendengar dan menyelesaikan masalah pengikutnya dan menyokong tindakan mereka. Pemimpin jenis ini cuba memuaskan hati pengikutnya dan mengekalkan hubungan mereka (Mohd. Hizam dan Zafir, 2002: 248).
Kajian Osu telah menggariskan empat gaya kepimpinan asas yang terbentuk hasil tingkah laku struktur tugas dan tingkah laku bertimbang rasa (Gambarajah 1.1). Dimensi-dimensi tersebut tidak bergantung di antara satu sama lain. Oleh itu, pemimpin boleh meningkatkan kadar pada satu dimensi dan merendahkan dimensi yang lain pada masa yang sama (Mohd Hizam dan Zafir, 2002: 248). Menurut Newport (1962), struktur tugas dan timbang rasa adalah sama dengan kepimpinan autokratik dan demokratik.
Gambarajah 1.1
Empat Gaya Kepimpinan Dari Tingkah laku Struktur Dan Tingkah laku Bertimbang Rasa
Sumber: Certo, Modern Management, 1997, m.s. 360
Berdasarkan gambarajah 1.1 terdapat empat gaya kepimpinan iaitu:
i. Struktur tugas tinggi, timbang rasa tinggi. Merujuk kepada sifat-sifat ahli yang harmoni, mesra, terdapat prosedur yang jelas dan perubahan sikap yang membanggakan.
ii. Struktur tugas rendah, timbang rasa rendah. Menggambarkan tingkah laku pemimpin yang membiarkan organisasi berada dalam keadaan tidak menentu.
iii. Struktur tugas tinggi, timbang rasa rendah. Menunjukkan pemimpin yang hanya mementingkan tugas dan kurang menunjukkan hubungan kemanusiaan.
iv. Struktur tugas rendah, timbang rasa tinggi. Merujuk kepada pemimpin yang terlampau mementingkan hubungan manusia sehingga mengabaikan tugas.
Kajian Ohio State ini dipimpin oleh C.L. Shartle. Shartle dan ahli-ahlinya memperoleh data untuk kajian ini melalui Soal Selidik Perihal Kelakuan Pemimpin (Leader Behavior Description Ouestionnaire - LBDQ) dan Leadership Opinion Questionnaire (LOQ). LBDQ menghuraikan gelagat kepimpinan menurut tanggapan pekerja bawahan, rakan sekerja, dan pihak pengurusan atasan. LOQ pula menghuraikan tanggapan pemimpin itu sendiri terhadap gaya kepimpinan. Gaya-gaya kepimpinan tersebut diukur melalui markah yang diperoleh. Hasil Kajian OSU menunjukan bahawa gaya kepimpinan yang paling berkesan ialah gaya kepimpinan struktur tugas tinggi dan timbang rasa tinggi (Razali Mat Zin, 1990: 44).

kenapa tadak rujukan yang penuh
ReplyDelete