PEMBIAKAN IKAN TILAPIA MERAH



PEMBENIH IKAN TILAPIA MERAH

1.0 Pendahuluan.
• Hasil kacukan antara Tilapia mossambica x Tilapia nilotica.
• Di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand pada tahun 1984.
• Dipelihara & dibiakkan di PPA Enggor, PPA Jitra dan PPA Bukit Tinggi.
• Bersaiz antara 2.5 – 5.0 cm.
• Baka baru juga dibawa masuk oleh pengeluar benih ikan swasta dari Taiwan, Thailand dan Singapura.
• Kini terdapat beberapa veriety ikan tilapia di pasaran tempatan & antarabangsa.


2.0 Status Keperluan Benih Tilapia Merah.
• Pd masa ini pembiakan tilapia merah masih dijalankan secara pembiakan semulajadi dalam kolam tanah & bekas lombong.
• Jumlah benih yg diperolehi adalah terhad & saiz benih adalah pelbagai & sukar mendapat saiz benih yg hampir seragam.
• Pd. 2001 sebanyak 33,296,117 ekor benih tilapia telah berjaya dihasilkan.
• 5,223,506 ekor dihasilkan oleh PPA Jabatan.
• 28,072,611 ekor dihasilkan oleh hatcheri swasta.
• Pd. 2010 – 300 juta ekor benih tilapia merah diperlukan untuk hasilkan 120,000 tan metrik ikan tilapia merah.



• Ikan-ikan diperlukan untuk menampung keperluan ikan dalam negara dan pasaran eksport.
• Untuk mencapai matlamat ini sebanyak 30 buah pusat penetasan yang berkemampuan menghasilkan benih tilapia merah sebanyak 10 juta ekor setahun perlu dibangunkan sehingga tahun 2010.

3.0 Teknik pembiakan ikan tilapia merah.

3.1 Pembiakan semulajadi dalam kolam tanah.
• Teknik biasa diamalkan oleh penternak.
• Saiz kolam adalah 500 – 2000 m2
• Dalam air adalah 1.0 m & dalam kolam adalah 1.6 m.
• Tatacara pembiakan semulajadi adalah

• Penyediaan kolam pembiakan.
• Keringkan kolam pembiakan & bersihkan rumpai dan sampah sarap.
• Kapur kolam dgn kapur abu panas pd kadar


50 kg/01 hektar.
• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 7 hari.

b. Memasukan air.
• Tutup pintu air keluar kolam dengan rapi.
• Pasangkan jaring pada saluran air masuk.
• Masukkan air ke dalam kolam sehingga ke paras 1.0 m

c. Membaja kolam.
• Gunakan baja triplesuperfosfat.
• Kadarnya adalah 2.0 kg/ 0.1 hektar.


• Masukkan baja ke dalam beg politin & rendamkan ke dalam kolam.
• Biarkan sehingga air berwarna hijau.
• Air yg berwarna hijau menunjukkan kolam tersebut kaya dengan fitoplankton.
• Setelah air kolam menjadi hijau, ini bermakna kolam tersebut telah sedia untuk menerima induk jantan dan betina.

3.2 Pembiakan semulajadi dalam kolam konkrit.
• Kolam konkrit atau tangki fibreglass.
• Lazimnya kolam konkrit digunakan.
• Saiznya antara 30 – 50 m2 & dalam 60 cm.


• Dalam air adalah 50 cm.
• Kolam perludiberi pengudaraan.
• Tatacara penyediaan kolam adalah spr berikut:-

• Penyediaan kolam pembiakan.
• Keringkan air & bersihkan dasar & dinding kolam dari sisa makanan dan najis ikan.
• Gunakan klorin untuk mencici dasar & dinding kolam bagi menanggalkan kekotoran dan lumut.
• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 3 hari.


b. Memasukan air.
• Tutup pintu air keluar dgn rapi & buka paip air.
• Masukan air sehingga ke paras 50 cm.
• Kolam ini sedia menerima induk jantan & betina.

4.0 Pemilihan induk.
4.1 Induk betina.



Ciri-ciri induk betina yg sesuai utk pembiakan.

 Berumur melebihi 4 bulan.
 Saiz antara 250 – 500 gram.
 Perut yg besar & lembang ke kiri & kanan abdomen.
 Abdomennya lembut bila diurut.
 Kloakanya berwarna kemerah-merahan.
 Keluar telur yg bercerai apabila abdomennya dipicit perlahan-lahan.



4.2 Induk jantan.
Ciri-ciri induk jantan yang sesuai.
 Berumur melebihi 4 bulan.
 Saiz : 300 – 600 gram.
 Mempunyai bintil pembiakan yg panjang & berwarna kemerah-merahan pd hujungnya.
 Keluar sperma apabila abdomennya diurut perlahan-lahan.

5.0 Kadar perlepasan.
 Kadar perlepasan yg biasa digunakan ialah 1 : 3
 Satu ekor induk jantan dilepaskan bersama 3 ekor induk betina bagi setiap 1 meter persegi.
 Ada juga yg mengamalkan nisbah 1 : 4
 Bagi kolam seluas 1,000 m2 jumlah induk yang dilepaskan adalah 250 induk jantan dan 740 ekor induk betina.

6.0 Fekunditi.
 Fekunditi induk betina seberat 250 – 500 gram adalah 300 – 500 biji telur & bilangan ini bertambah mengikut saiz induk.
 Seekor induk betina mampu membiak 2 kali sebulan atau sekurang-kurangnya 10 hari sekali.

7.0 Melepaskan induk untuk pembiakan.
 Induk jantan & betina dilepaskan ke dalam kolam pembiakan pd waktu pagi atau lewat petang.
 Induk betina dilepaskan terlebih dahulu iaitu 3 hari sebelum induk jantan dilepaskan.
 Tujuannya untuk memberi peluang kpd induk betina menyesuaikan diri dgn keadaan kolam.
 Kemudian induk jantan dilepaskan.
 Induk jantan akan memeriksa induk betina & jika terdapat induk betina yang sedia untuk mengawan maka induk jantan akan mengiringi induk betina ke satu sudut yg sesuai utk mengawan.

 Induk jantan & betina bekerjasama membersihkan dasar kolam & membuat lubang sarang di permukaan dasar kolam.
 Saiznya adalah bergantung kpd saiz induk ikan.
 Proses mengawan bermula dengan induk betina melepaskan telur sedikir demi sedikit manakala induk jantan mengeluarkan sperma untuk mensenyawakan ke semua telur berkenaan.
 Selepas semua telur telah disenyawakan, induk betina akan mengutip telur untuk diramkan di dalam mulutnya.
 Induk betina akan menggerakkan telur-telur itu supaya tidak mendah di mulut.
 Tanpa pergerakan ini telur akan menjadi sambang dan kadar penetasan adalah rendah.

 Telur-telur tersebut akan menetas selepas 48 – 72 jam diramkan & bergantung kpd suhu air.
 Semasa menetas rega akan berada di dalam mulut ibunya.
 Induk betina akan mengasuh rega sehingga mampu berdikari & menjaga diri dari pemangsa.
 Selepas berumur 5 hari rega mula mencari makanan sendiri dgn pengawasan ibunya.
 Apabila ada ancaman dari musuh, induk betina akan membuka mulut & menyedut rega masuk ke dalam mulutnya.
 Selepas keadaan aman, induk betina akan membuka mulut & melepaskan rega.

 Proses ini akan berulang sehinggalah rega mampu berdikari iaitu selepas rega berumur 10 hari.

8.0 Teknik kutipan rega.
o Rega mula berenang bebas selepas 7 – 10 hari.
o Kerja-kerja mengutip rega dijalankan pd waktu pagi antara jam 6.00 – 8.00 pagi.
o Pd waktu ini kandungan D.O adalah rendah & memberi tekanan kpd induk & rega.
o Semasa D.0 rendah, induk akan melepaskan rega untuk bernafas.
o Semasa D.O rendah, rega berenang di permukaan air untuk bernafas.

o Pd masa ini kerja-kerja memungut rega dapat dijalankan dengan mudah.
o Rega dikutip dgn sauk halus.
o Rega dikumpulkan ke dalam bekas yg diberi pengudaraan.
o Gunakan air kolam yg sama utk mengumpulkan rega agar tidak ada kejutan perbezaan suhu air.
o Rega-rega yg telah dipungut sedia dipindahkan ke kolam asuhan.

9.0 Teknik kutipan telur.
 Merupakan teknologi baru.
 Selepas 10 hari induk dilepaskan ke dlm kolam

pembiakan, induk betina diperiksa mulutnya.

Ciri-ciri induk betina yg mempunyai telur di dalam mulutnya adalah seperti berikut :-

 Mulutnya mengembang & lebih besar dari biasa.
 Warna bahagian bawah mulutnya lebih terang.
 Agresif & garang.

 Kaedahnya adalah mudah.
 Tangkap induk betina & periksa mulutnya dgn membuka mulut setiap induk betina.


 Telur atau rega akan kelihatan apabila mulut dibuka.
 Keluarkan telur atau rega & masukan ke dalam bekas plastik.
 Telur-telur tersebut dikumpulkan di dalam bekas yg berasingan mengikut peringkat telur.
 Ada 4 peringkat telur seperti berikut :-
 Telur yg baru disenyawakan berwarna kuning pucat.
 Telur yg telah mengalami proses perkembangan
berwarna kuning tua.
 Telur yg telah berkenbang & ada bintik mata.
 Telur atau rega yg telah menetas.

 Telur-telur dibersihkan dari kekotoran spt najis, sisik dan lumut.
 Kelaskan telur-telur spt yg telah dinyatakan di atas.
 Tujuan untuk memastikan supaya hanya telur yg telah menetas pd tarikh yg sama akan diasuh dan diternak di dalam kolam yg sama.


10.0 Teknik penetasan telur dalam inkubasi.
 Merupakan teknologi bari di Malaysia.
 Teknologi ini sangat diperlukan kerana ia mampu melakukan penetasan telur dalam jumlah yang banyak & boleh dikomersialkan.
 Terdiri dari rak untuk menempatkan jar penetasan ( hatching jar ), jar penetasan muatan 2 liter, tangki bekalan air bersih, penapis untuk kitar semula air & peralatan sokongan.
 Setiap jar mampu mengeramkan 5,000 biji telur.
 Kadar penetasan adalah melebihi 90 %.
 Setiap unit inkubasi mempunyai 36 jar & mampu mengeramkan 180,000 biji telur dlm tempoh 10 hari atau 540,000 biji telur sebulan.


 Jar penetasan berfungsi seperti mulut ibunya.
 Telur ditempatkan di dalam jar penetasan dan air dialirkan dari atas jar secara berterusan.
 Laraskan kelajuan air untuk membentuk tekanan ke atas telur bagi membolehkan telur bergerak ke atas dan kebawah pd jarak 1 – 2 cm spt pergerakan dalam mulut ibunya.
 Selepas beberapa hari diramkan telur akan menetas menjadi rega.
 Rega akan bergerak mengikut arus air.
 Rega yg cergas akan keluar dari jar mengikut aliran air ke dulang rega yg tersedia dirak.
 Rega dibiarkan di dalam ruangan penetasan sehingga kuning diserap oleh badan.

11.0 Asuhan benih dalam kolam tanah.
• Rekabentuk & saiz kolam.
 Berbentuk segiempat bujur.
 Saiz : 200 – 1,000 m2.
 Dlm kolam 1.2 meter & dlm air adalah 1.0 m
 Ada punca air masuk & kolam boleh dikeringkan sepenuhnya secara graviti.

b. Penyediaan kolam asuhan.
 Mengeringkan kolam.
 Keringkan kolam.
 Bersihkan sampah sarap & rumpai.

 Jika dasar berlumpur, buangkan lumpur menggunakan pancutan air.

ii. Mengapur kolam.
 Kapur kolam dengan kapur abu panas pd kadar 50 kg/0.1 hektar kolam atau berdasarkan kpd pH dasar kolam.a
 Jemurkan kolam selama seminggu atau sehingga dasar kolam merekah.

iii. Memasukan air.
 Tutup pintu air dgn rapi agar air tidak mengalir keluar.
 Pasangkan jaring halus pd saluran air masuk.

• Tujuannya adalah supaya ikan liar, pemangsa danmusuh ikan tidak memasuki kolam.
• Masukkan air sehingga mencapai paras yg diperlukan atau sedalam 1.0 m. Biarkan kolam tersebut semalaman.

iv. Membaja kolam.
• Terdiri dari baja organan spt ami-ami dan baja kimia spt urea dan tripelsuperphosfat.
• Kadarnya 5 kg baja urea, 5 kg triplesuperphosfat & 50 kg ami-ami bagi kolam seluas 0.1 hektar.
• Biarkan baja tersebut selama 5 – 7 hari dan pada masa ini kolam tersebut kaya dengan pkankton.


c. Pengurusan Kolam Asuhan.
• Melepaskan rega.
• Rega yg dikutip dari kolam pembiakan dipindahkan ke kolam asuhan.
• Kadar perlepasan ialah 50 – 100 ekor/ m2 kolam asuhan.
• Sebelum rega dilepaskan ke dalam kolam asuhan, pastikan suhu air dlm bekas rega dan suhu kolam asuhan adalah sama.
• Bila suhu kedua-duanya adalah sama maka rega dilepaskan ke dalam kolam asuhan.
• Kaedahnya letakkan bekas rega dipermukaan air, masukkan air kolam sedikit demi sedikit

• Dan tenggelamkan bekas ke dalam kolam.
• Biarkan rega keluar dari bekas tanpa dipaksa.
• Jika keadaan air sesuai, rega akan terus berenang keluar dari bekas.
• Jika sebaliknya rega akan masuk semula ke dalam bekas.
• Rega yg akan dilepaskan akan terus berenang menerokai alam barunya sambil memakan planktonyg terdapat di dalam kolam asuhan.

ii. Pemberian makanan.
• Powder feed ( makanan serbuk ) mengandungi > 40 % protin.

• Makanan hidup seperti moina, cacing dan zooplankton.

Kadar pemberian makanan.
• 10 – 12 % dari berat badan.

Kaedah pemberian makanan.
• Powder feed – bancuh makanan dgn air &uli sehingg boleg dibentuk bola, Makanan itu dimasukan ke dalam dulang makanan. Selain dari itu tempelkan makanan pd binding kolam.
• Makanan hidup – telah disediakan dalam kolam. Selain dari itu makanan hidup ditabur ke dalam kolam.


iii. Pemantauan kualiti air.
• Dijalankan sekurang-kurangnya sekali semimggu.
• Pastikan bacaan mutu air berada pada tahap yg sesuai untuk benih hidup & membesar.



iv. Pemantauan kesihatan benih
• Perlu pantau tiap-tiap hari semasa memberi makanan kpd rega.
• Benih sering diserang oleh parasit dan serangga air.
• Antara parasit yg suka menyerang rega tilapia ialah kutu insang, protozoa,argulus dan lernaea.
• Benih yang diserang penyakit perlu diasingkan, didiagnosa dan diberi rawatan yang sesuai.


11.2 Asuhan dalam kolam konkrit.
a. Rekabentuk & saiz kolam.
• Bentuk yg sesuai adalah segiempat bujur, bulat dan elip.
• Saiznya : 3.0 x 5.0 x 0.6 hingga 200 m2
• Dibina dari konkrit dan kerangka tetulang besi pd bahagian lantai dan dinding kolam.
• Pintu air keluar terdiri dari saluran paip bergarispusat 10.0 – 15.0 cm.
• Ada sumber air yang mencukupi dan berterusan serta mudah dikeringkan secara graviti.

b. Penyediaan kolam.
• Membersihkan kolam.
• Memasukan air.

c. Pengurusan Kolam Asuhan.
• Melepaskan rega.
• Kadar perlepasan : 500 – 1000 ekor/m2
• Suhu.

ii. Pemberian makanan.
• Makanan hidup – moina
• Makanan rumusan – powder feed.



• Kadar pemberian makanan : 10 – 12 % bw.
• Kaedah pemberian makanan:
Moina – moina segar & beku terus diberi kpd
benih.
Cacing – cacing segar atau beku terus diberi kpd
benih.
Makanan rumusan – gaulkan makanan dgn air &
uli. Kepalkan & tempelkan pd dinding
kolam.



iii. Pemantauan Kualiti Air.
• Perlu pantau dari masa ke semasa.
• Pastikan bacaan parameter air sentiasa berada dalam julat sesuai untuk benih hidup & membesar.
• Jika mutu air merosot tukar air baru.
• Jika perlu tambah air hijau.
• Air hijau akan menyerap nitrat dan mutu air akan bertambah baik.

vi. Pemantauan kesihatan ikan.
• Rega yg diasuh dalam tangki juga kerap diserang penyakit.
• Terdiri dari penyakit reput sirip, bintik putih, kutu insang & lernae.
• Asingkan ikan sakit dan rawat.
• Kolam yg diserang penyakit perlu dirawat dgn betul agar kolam berkenaan bebas dari dari egen penyakit & penyakit tidak menular ke kolam lain.

12.0 Kutipan Hasil.
• Saiz ini sesuai dijual atau dilepaskan untuk ternakan.
12.1 Kolam tanah
• Saiz pasaran 2.5 cm selepas sebulan diasuh.
• Benih dipukat sehingga 80 peratus ditangkap.
• Bakinya ditangkap semasa kolam dikeringkan.
• Benih-benih ini dikumpulkan di dalam kolam simpanan selama semalam tanpa makanan.
• Tangki simpanan ini dibekalkan dengan air bersih dan alat pengudaraan.


12.2 Kolam Konkrit.
• selepas 21 hari benih mencapai saiz 2.5 cm.
• Jangan beri makan sehari sebelum kutipan hasil dijalankan untuk mengelakkan kematian benih semasa dalam perjalanan.
• Keringkan kolam dan kutip benih dan pindahkan ke tangki penyimpanan untuk dipasarkan.

13.0 Pengendalian & penghantaran benih.
13.1 Merehatkan ( conditioning ) benih ikan.
13.2 Merawat benih ikan.
13.3 Menyediakan beg pembungkusan.
- saiz beg plastik : 500 mm x 900 mm x 0.04 mm
13.4 Menganggarkan benih ikan.
13.5 memasukkan benih ke dalam beg plastik.
13.6 Gas oksigen.
13.7 Pengangkutan.

SEKIAN, TERIMAKASEH

Comments

  1. slm sifu,nice blog,info menarik,harap teruskan...sifu..izinkan sy bertanya bekenaan induk,nisbah 1-3 atau 1-4 itu dilepaskan dlm satu kolam bersaiz m2 boleh x?
    tima kasih sifu

    ReplyDelete
  2. hai..apakah kebaikan menternak ikan tilapia berbanding ikan yg lain??

    ReplyDelete
  3. slm sifu, sy ingin bertanya bagaimana ingin membezakan ikan talapia jantan datau betina

    ReplyDelete
  4. Ada berapa saiz jenis ikan talapia merah ini.

    ReplyDelete
  5. apa nama saintifik ikan talapia

    ReplyDelete
  6. Salam, maaf saya ingin bertanya, di sini saya agak keliru tentang ikan yang mengeramkan telur, adakah ikan tersebut ikan jantan atau betina. Ini kerana saya pernah terbaca sebelum ini yang ikan yang mengeramkan telur adalah ikan jantan.

    -eiydah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dikatekan ikan tilapia ade 3 jenis utama..oreochromis, salah satunya dikatekan betina mengeram.tapi 2 lagi tu jantan dan betina yang mengeram...........ade yang buat sarang ade yang tidak.

      Delete
  7. salam...maaf saya nak tanya tentang pengternakan ikan talapia merah di dalam tank yang bersaiz lebar 100x120 panjang dan tinggi 140...ikan di dalam tank sebanyak 300 ekor tapi saya hairan kenapa tiap tiap hari ikan banyak mati...adakan ikan terlalu banyak atau di sebabkan makanan terlalu banyak menyebabkan air terlalu kotor..bolehkah encik tolong saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamnya ikan tu terlalu padat.. Kebiasaannya kalau oksigen cukup nisbah maksima 100 ekor untuk 1m³ dan air sentiasa bersih kalau terlalu pekat(kotor akan menyebabkan oksigen terlarut tu kurang..dan kematian semasa (setiap hari) akan sentiasa berlaku. (Sekadar berkongsi pengalam.)

      Delete
  8. salam....dimana saya boleh dapatkah indok ikan tilapia...?

    http://keli-afrika.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Salam, sy baru cuba nak menternak ikan. Ada sahabat2 di sini mcm mana nak salur air sungai guna paip tekanan graviti? Ketinggian paras sg agak menyamai ketinggian kolam pada jarak 200 meter. Sy cuba kurang penggunaan pam air.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Mohon sedikit bantuan ya sifu

    Saya mencari kontek2 utk Talapia Merah...berniat nak beli dalam kuantiti yg banyan
    Sekitar 500kg seminggu @ 5 tan sebulan...boleh Bantu?

    Ni no saya 0102069515

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tuan.. Kebiasaan di mana permintaan tilapia tinggi?
      Saya tgh mencari2 pasaran utk membesarkn skala ternakan tilapia ni.

      Delete
  11. Assalamualaikum

    Mohon sedikit bantuan ya sifu

    Saya mencari kontek2 utk Talapia Merah...berniat nak beli dalam kuantiti yg banyan
    Sekitar 500kg seminggu @ 5 tan sebulan...boleh Bantu?

    Ni no saya 0102069515

    ReplyDelete
  12. cfuk lama tak update. ada tak baka baru tilapia merah

    ReplyDelete
  13. cfuk lama tak update. ada tak baka baru tilapia merah

    ReplyDelete
  14. Salam saya nak tanya adakah talapia merah memakan anaknya sendiri kerana baru ni dah ada benih ank ikan talapia merah lepas tu sy lihat beberapa hari tidak kelihatan langsung benih anak ikan

    ReplyDelete
  15. Tolong cal number ni 0103914407 kalau ada siapa2 ada nak kolam ikan talapia jual ikan talapia merah atau hitam pun boleh kalau jual ikut tan pun boleh saya beli

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  17. Putra Red: Premium UPM Red Hybrid Tilapia
    Putra Red tilapia is produced through crossbreeding between female GIFT tilapia and male red hybrid tilapia followed by generations of backcrossing and progeny test with dominant red hybrid parent to produce stable line of new tilapia breed.

    Putra Red exhibited red body coloration favored by consumers in this region and inherited superior traits from their GIFT parents such as faster growth performance.

    Full article https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/putra_red_premium_upm_red_hybrid_tilapia-66764

    ReplyDelete

  18. Putra Red: Premium UPM Red Hybrid Tilapia
    Putra Red tilapia is produced through crossbreeding between female GIFT tilapia and male red hybrid tilapia followed by generations of backcrossing and progeny test with dominant red hybrid parent to produce stable line of new tilapia breed.
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/putra_red_premium_upm_red_hybrid_tilapia-66764

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ternakan Ikan keli Dalam Tangki

Pengurusan kolam ternakan