PEMBIAKAN IKAN KELI
PEMBIAKAN IKAN KELI
INGIN MAKLUMAT LEBIH JELAS ? SILA E MAIL
1. Pendahuluan.
- Ikan keli eksotika, Clarius gariepinus berasal dari Afrika.
- Diperairan semulajadi ikan ini membiak secara semulajadi.
- Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang
diperolehi adalah sedikit.
- Bagi tujuan komersial ikan ini dibiakan secara aruhan.
- Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan apabila berumur empat
bulan.
2.0 Perbezaan jantina.
Bil. Sifat Luaran Induk Jantan Induk Betina
1. Alat Kelamin Panjang dan membulat.
tajam.
2. Abdomen Kecil Besar &
lembang.
3. Saiz Kecil Besar.
4. Kelakuan Agresif Kurang
Agresif.
3.0 Biologi Pembiakan.
- hanya hidup dan membiak di airtawar.
- mencapai kematangan pada umur 4 bulan dengan
saiz badan antara 300 – 500 gram.
- membuat sarang atau lubang di bawah akar pokok
atau di celah batu.
- melekatkan telor pada rumput rumpai yang
terdapat di dalam sarangnya.
- membiak secara berpasangan pada waktu malam.
- induk yang berumur lebih dari setahun dengan
berat badan sekitar 1.0 Kg adalah sesuai untuk
pengeluaran benih secara komersial.
- pada saiz ini fekunditi induk betina ialah antara
30,000 hingga 50,000 biji telor.
- bilangan telor ini adalah bergantung kepada saiz
induk dan makanan yang diberi.
- Untuk mendapatkan benih yang banyak, pembiakan
aruhan digunakan dalam pengeluaran benih ikan
keli.
- Hormon yang digunakan ialah Ovaprim, Ovatide
dan Dry Pituitary Gland ikan kap.
- Nisbah induk ikan keli jantan dan betina adalah 1:1
4.0 Pemeliharaan Induk.
4.1 Pemeliharaan induk di dalam tangki gentian kaca.
- saiz : 1.0 x 3.0 x 1.0 meter.
- lengkap dengan saluran air masuk dan keluar.
- dalam air : 60 sm.
4.2 Penyediaan tangki pemeliharaan induk.
a. Bersihkan tangki dari sisa makanan dan lumut.
b. Cuci permukaan dasar dan dingding tangki dgn
larutan garam – 30 g/l untuk membunuh parasit
dan kuman.
c. Bilas dengan air bersih.
d. Masukkan air sehingga 60 sm.
4.3 Melepaskan induk.
- ikan-ikan yang telah dipilih dilepaskan ke dalam
tangki.
- Induk betina dan jantan yang berusia melebihi 1
tahun dipilih menjadi induk.
- Kriteria ikan yang dipilih adalah seperti berikut :-
a. Ikan dari baka yang baik & cepat membesar.
b. Ikan dari baka yang menghasilkan benih yang
banyak.
c. Ikan yang sihat.
d. Ikan yang tidak cacat.
Kadar perlepasan ialah 3 ekor/m.persegi.
4.4 Pemberian makanan.
- makanan yang sesuai adalah pelet terapong yang
mengandungi 32 peratus protein.
- Kadar pemberian makanan : 3 % dari berat badan.
- makanan diberi dua kali sehari iaitu pada jam 10.00
pagi dan 4.00 petang.
- makanan diberi dengan menabur pelet ke dalam
tangki pemeliharaan induk.
4.5 Pemantauan kesihatan induk.
- dijalankan setiap hari.
- jika ada induk yang tidak sehat, jalankan diagnosa
dan beri rawatan yang sesuai.
- cara merawat dan ubatan adalah bergantung kpd
jenis penyakit ikan.
- Biasanya ikan keli dijangkiti oleh parasit & kuman.
- Rawatan yang biasa dilakukan ialah menurunkan
paras air sehingga 10 sm, masukkan garam pada
kadar 10g/l dan biarkan selama 1 jam.
- tambahkan air sehingga ke paras asal.
5.0 Pembiakan.
5.1 Jenis dan rekabentuk tangki stimulasi gonad.
- tangki gentian kaca ukuran 1.0 x 3.0 x 1.0 m.
- sebuah untuk induk jantan dan sebuah untuk
induk betina.
- ada saluran air keluar bergarispusat 7.5 sm.
- berwarna hijau tuan, biru atau kelabu.
5.2 Penyediaan tangki stimulasi gonad.
a. Mencuci tangki.
- bersihkan kekotoran, sisa makanan, najis ikan dan
lumut.
- cuci dengan larutan garam – 10g/l untuk membunuh
parasit,kulat dan agen penyakit.
- bilas dengan air bersih.
b. Memasukkan air.
- air bersih dimasukkan ke dalam tangki sehingga ke
paras 60 sm.
- biarkan air semalaman dan beri pengudaraan.
- tujuannya adalah untuk memastikan air tersebut
mengandugi oksigen larut yang tinggi.
5.3 Pembiakan Aruhan.
- induk-induk yang telah mempunyai telor-telor yang
hampir matang di dalam gonadnya diberi suntikan
hormon yang bertujuan untuk merangsang kelenjar
pituitari ikan jantan untuk menghasilkan hormon
testosterone untuk mematangkan sperma, manakala
induk betina menghasilkan hormon pogestrone untuk
mematang telor dan membolehkan proses ovulasi
berlaku dan persenyawaan tiruan dapat
dilaksanakan.
5.3.1 Memilih induk untuk pembiakan aruhan.
a. Induk betina.
- Abdomen yang besar & melembang ke kiti dan ke
kanan.
- Genetal papillanya berwarna kemerah-merahan.
- Apabila abdomennya dipicit perlahan-lahan ke arah
kloaka, akan keluar telor yang telah bercerai antara
satu sama lain.
b. Induk jantan.
- genital papillanya panjang mencecah sirip anal.
- bahagian hujung genital papilla berwarna
kemerah-merahan.
- apabila abdomen dipicit perlahan-lahan akan
keluar sperma dari genital papilla.
5.3.2 Jenis hormon yang digunakan.
- Hormon Ovaprim.
- apabila disuntik pada ikan, akan merangsang gonad
mematangkan telor ovulasi berlaku.
- Dos untuk ikan betina : 0.3 ml/kg
jantan : 0.15 ml/kg.
5.3.3 Menimbang induk.
- induk perlu ditimbang satu persatu untuk
menentukan berat dan jumlah hormon yang perlu
disuntik.
5.3.4 Menyuntik hormon.
- hanya satu suntikan sahaja.
- disuntik pada jam 10.00 malam.
- suntikan intramaskular.
- gunakan picagari 1.0 ml dan jarumnya sepanjang
1.25 sm.
- sedut hormon, buangkan angin, cucuk jarum ke
dalam otot pada kedudukan 45º, turunkan jarum
pada kedudukan selari dengan badan ikan dan tekan
picagari untuk menolak hormon masuk ke dalam
otot.
- perlahan-lahan cabut jarum dan tekan otot dengan
ibu jari agar hormon tidak keluar.
- untuk memudahkan suntikan hormon induk
dimasukkan ke dalam plastik dan dari luar plastik
induk disuntik hormon.
5.3.5 Memindahkan induk ke tangki stimulasi gonad.
- Induk betina dan jantan yang telah disuntik
dilepaskan ke dalam tangki yang berasingan.
- tujuannya untuk mengelakkan induk-induk mengawan sesama sendiri.
- induk-induk tersebut dibiarkan berada di dalam tangki tersebut selama 10 jam
atau sehingga kerja-kerja meleret telor dijalankan.
5.3.6 Menyediakan sperma jantan.
- Sperma jantan tidak boleh dikeluarkan dari badan dengan cara meleret
abdomen seperti ikan-ikan lain.
- induk jantan perlu dibedah.
- keluarkan kedua-dua testisnya, bersihkan dan letakkan di dalam piring petri.
- Potong testis dengan pisau atau gunting dan hancurkan untuk mengeluarkan
spermanya.
- simpan sperma dalam piring petri pada suhu bilik.
5.3.7 Meleret telor.
- selepas 10 jam suntikan induk betina telah sedia untuk mengeluarkan telor.
- tangkap induk, lapkan badan supaya tidak berair.
- perlahan-lahan leret abdomen kearah kloaka dan telor akan keluar ke dalam
besen.
- ulangi langkah ini sehingga semua telor habis dileret dari abdomen.
- kerja-kerja ini diteruskan kepada induk betina yang lain.
5.3.8 Persenyawaan telor.
- telor-telor yang dikumpulkan ke dalam besen disenyawakan dengan sperma ikan jantan.
- gaulkan telor dengan sperma menggunakan bulu ayam sehingga sekata atau sehingga semua telor disenyawakan.
- proses ini berjalan selama 3 – 5 minit.
- tambahkan air untuk proses perkembangan telor.
- bersihkan telor dari sisa sperma, sisa testis dan darah.
- proses ini diulangi bagi induk-induk yang lain.
5.3.9 Merawat induk.
- Induk betina dirawat selepas dileret.
- kumpulkan induk-induk tersebut di dalam tangki
yang diisi air bersih.
- selepas dileret induk betina akan mengalami kecederaan, luka dan kehilangan
lendir.
- keadaan ini boleh dirawat dengan acriflavin dengan kepekatan 2.0 ppm.
- biarkan semalaman.
- pindahkan ke kolam induk.
6.0 Penetasan.
6.1 Rekabentuk tangki penetasan.
- empatsegi bujur.
- tangki gentian kaca.
- ukuran : 1.0 x 3.0 x 0.75 meter.
- dalam air : 50.0 sm
- lengkap dengan saluran air keluar bergarispusat 7.5 sm.
- warna dasar dan dinding bahagian dalam tangki adalah hijau, biru atau kelabu.
6.2 Dulang penetasan.
- dibuat dari paip pvc bergarispusat 2.0 sm sebagai bingkai berbentuk empatsegi bujur berukuran 0.8 x 1.0 meter.
- pada bingkai ini dipasang jaring halus bermata 1.0 x 1.0 mm.
- bingkai berfungsi sebagai pelampong.
- dulang ini akan timbul diatas permukaan air di mana jaringnya akan berada di dalam air.
6.3 Menyediakan tangki penetasan.
a. Mencuci tangki.
- bersihkan tangki dari kekotoran dan lumut.
- gunakan larutan garam 10g/l.
- biarkan semalaman dan bilas dengan air bersih.
b. Memasukan air dan memasang dulang penetasan.
- masukan air bersih – 50 sm.
- jalankan alat pengudaraan – 5.0 ppm
- pasangkan dulang penetasan dalam tangki tersebut.
c. Ujian mutu air.
- ujian mutu air perlu dijalankan untuk memastikan air tangki penetasan sesuai untuk telor menetas.
- tahap mutu air yang diperlukan adalah
i. pH - 6.5 – 8.3
ii. Suhu - 26 – 32ºC
iii. Oksigen larut - melebihi 5.0 ppm
iv. Ammonia - kurang dari 0.02 ppm
v. Ferik - kurang dari 0.01 ppm
d. Mengawal suhu tangki penetasan.
- suhu : 28 - 30º C.
- suhu waktu siang lebih tinggi berbanding pada waktu malam dan awal pagi.
- untuk stabilkan suhu, seluruh hatcheri perlu ditutup.
- pasangkan lampu untuk menaikan suhu hatcheri.
- Suhu sesuai : 32 – 34 ºC bagi membolehkan suhu air menjadi stabil antara 28 -
30ºC.
- pada suhu ini kadar penetasan adalah melebihi 80 %.
- suhu yang rendah akan menyebabkan masa penetasan menjadi lambat dan
akhirnya kadar penetasan menjadi rendah.
6.4 Menabur telor di atas dulang penetasan.
- telor yang telah disenyawakan ditabur ke atas dulang penetasan.
- tabur dengan sudu ke serata mata jaring dan tidak bergumpal atau bertindih
antara satu sama lain.
- hanya satu lapisan telor sahaja ditabur di atas dulang.
- taburan telor yang berlapis dan bergumpal akan menyebabkan kadar penetasan
menjadi rendah.
- kejayaan penetasan adalah bergantung kepada kecekapan menabur telor di atas permukaan dulang penetasan.
6.5 Pemerhatian penetasan telor.
- dilakukan selepas persenyawaan telor.
- gunakan mikroskop cahaya.
- pada setengah jam pertama nukleus telah membentuk satu sel.
- sel ini akan membahagi kepada 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan seterusnya membentuk
jasad ikan.
- pada suhu antara 28º - 30ºC telor akan menetas selepas 20 jam disenyawakan.
- semasa menetas, ekor rega akan bergerak pantas dan memukul kulit telor
sehingga pecah dan menetas.
- rega akan bergerak pantas dan jatuh ke dasar tangki.
- rega akan berada di dasar tangki terutamanya di kawasan yang terlindung dari
cahaya.
- ekornya sentiasa bergerak.
- semasa menetas, mulutnya masih belum terbentuk.
- rega mendapat makanan melalui yolkanya.
- selepas berumur 4 hari mulutnya akan mula terbentuk dan terbuka.
- pada masa ini yolkanya telah habis.
- rega akan mulamengambil plankton sebagai makanan permulaan.
7.0 Mengasuh benih.
7.1 Tangki asuhan.
- tangki gentian – 1.0 x 3.0 x 1.0 meter.
- ada saluran air keluar bergarispusat 7.5 sm.
- dalam air – 50 sm.
- warna bahagian dalam dinding dan dasar adalah hijau, biru atau kelabu.
7.2 Menyediakan tangki asuhan.
a. Mencuci tangki.
- tangki dibersihkan dari kekotoran dan lumut.
- cuci dengan larutan garam – 10 g/l.
- biarkan semalaman.
- bilas dengan air bersih dan keringkan selama 3 hari.
b. Memasukan air.
- masukan air ke dalam tangki ke paras 20 sm.
- tambahkan air hijau sehingga ke paras 50 sm.
- berikan pengudaraan secukupnya untuk memastikan air tangki mengandungi
oksigen terlarut yang tinggi iaitu melebihi 5 ppm.
- jalankan ujian mutu air.
- pastikan mutu air berada pada paras yang sesuai untuk benih hidup dan
membesar.
7.3 Pengurusan asuhan benih ikan.
a. Melepaskan benih.
- rega yang berumur 5 hari dipindahkan ke tangki asuhan.
- rega dilepaskan pada waktu pagi.
- rega dari tangki penetasan dipungut dengan tangguk tangan.
- hitung dan lepaskan ke dalam tangki asuhan.
- kadar perlepasan adalah 10,000 ekor semeter persegi.
- pastikan suhu air dalam besen adalah sama dengan suhu air dalam tangki
asuhan untuk elakan benih mengalami tegasan akibat suhu yang berbeza.
b. Pemberian makanan.
- semasa dilepaskan rega akan memakan plankton yang terdapat di dalam air
hijau.
- air hijau kaya dengan infusoria, chorella, daphnia, diatom, cladocera, rotifera
dan sebagainya.
- makanan tambahan seperti powder feed yang mengandungi tepung ikan, dedak
padi, kacang soya, mineral dan sebagainya diberi kepada rega.
- makanan tersebut mengandungi antara 32 – 36 % protein.
- makanan ini dicampur air dan bentuk seperti bola dan bubuh di dasar tangki.
- rega akan memakan makanan tersebut.
- makanan diberi 4 kali sehari iaitu pada jam 8.00 pagi,
12.00 th, 4.00 ptg dan 8.00 mlm.
c. Pemantauan kualiti air dan kebersihan tangki.
- dijalankan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
- kualiti air yang sesuai adalah
i. pH - 6.0 – 8.0
ii. Suhu - 26 – 32ºC
iii. Ammonia - kurang dari 0.02 ppm
iv. Ferik - kurang dari 0.02 ppm
d. Pemantauan kesihatan ikan.
- benih ikan keli sering diserang parasit terutamanya kutu insang( monogenetik trematoda ).
- insang yang diserang akan rosak dan reput.
- benih akan sukar bernafas dan mati.
- ikan yang sakit ditangkap dirawat dengan garam pada kepekatan 10 g/l atau dipterex dengan kepekatan 2 ppm.
- biarkan semalaman dan buang air sebanyak 50 % dan tambah air bersih sehingga ke paras asal.
- kutu insang akan mati apabila terkena garam atau dipterex.
e. Pemantauan pembesaran benih.
- perlu dijalankan setiap hari.
- benih lambat membesar disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-
i. Tidak mendapat makanan yang mencukupi.
ii. Mutu air yang kurang baik.
iii. Baka yang kurang bermutu.
iv. Benih diserang penyakit.
v. persaingan untuk mendapat makanan dan ruang.
vi. Terlalu padat.
- langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah di atas.
- dalam keadaan normal, benih akan mencapai saiz 5.0 – 7.5 sm selepas diasuh selama 40 – 45 hari.
- salah satu cara untuk mengelakan benih yang berbeza saiz ialah memindahkan benih yang terlalu besar ke tangki yang berasingan.
- benih yang terlalu kecil juga perlu diasing ke tangki lain agar boleh bersaing dan membesar.
8.0 Kutipan hasil.
- tempoh asuhan : 40 – 45 hari.
- saiz benih : 5.0 - 7.5 sm.
- saiz ini sesuai untuk diternak.
- benih-benih tidak diberi makan sehari sebelum ditangkap.
- untuk menangkap benih surutkan sebanyak 50 %.
- benih ditangkap dengan jaring halus.
- seterusnya keringkan tangki untuk menangkap semua benih.
- kira benih sebanyak 500 ekor, masukkan ke dalam beg plastik( 45 x 100 sm ) yang mengandungi 1/3 air.
- masukan gas oksigen dan ikat dengan getah.
SEKIAN TERIMAKASEH
sangat berguna untuk saya yg baru nak mula buat bibit ikan keli-TQ
ReplyDeleteMaklumat yang lengkap dan sangat berguna untuk dikongsi bersama penternak ikan keli. TQ
ReplyDeleteDapatkan juga info pembenihan di KELI SABAH | BLOG TUTORIAL IKAN KELI |
Salam admin...andai kata kita ternak keli menggunakan aistem akuaponik, sesuai tak?
ReplyDeleteThanks for sharing admin :D
ReplyDeleteSalam admin sy ad buat benih..masa mula mula telur dya warna hijau lama kelamaan btukar jadi putih..mohon pecerahan admin adkah btol proses itu
ReplyDeleteSalam admin sy ad buat benih..masa mula mula telur dya warna hijau lama kelamaan btukar jadi putih..mohon pecerahan admin adkah btol proses itu
ReplyDeleteProses 5.3.8. Bagaimana cara bersihkan telor dari sisa sperma, sisa testis dan darah? Tq
ReplyDelete