Makanan hidup untuk pembenihan ikan air tawar






PENYEDIAAN MAKANAN HIDUP


1.0 Pendahuluan.
• Merupakan makanan asasi bagi rega & benih.
• Makanan utama bagi rega yg berumur 4 hari
( mulut mula terbuka ) – mencapai umur 1 bulan atau sehingga mampu memakan makanan lain.
• Sangat penting dalam pembenihan ikan air tawar.
• Tanpa makanan hidup, benih yg banyak tidak dapat dihasilkan.
• Merupakan kunci kejayaan dalam pengeluaran benih ikan air tawar.
• Terdiri dari air hijau, moina, cacing dan artemia.


2.0 Jenis-jenis makanan hidup.
2.1 Air Hijau.
• Air yg mengandungi fitoplankton – organisma satu sel yg terdiri dari beberapa spesies yg mempunyai klorofil a yg menjalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk pertumbuhan sel & membiak untuk membentuk koloni atau populasi yang banyak.
• Koloni dihasilkan melalui pembiakan asexual iaitu pembiakan secara pembahagian sel ( binary fision ).
• Mengandungi protin yg tinggi & sangat berguna kepada benih yang diasuh.

• Spesies utama yang sangat berguna ialah Chorella sp.
• Spesies ini mengandungi protien yg tinggi dan asid amino yang diperlukan oleh benih untuk membesar.
• Spesies ini Cuma boleh dilihat di bawah mikroskop.
• Kehadiran spesies ini dalam air dapat ditentukan melalui warna air.
• Air kolam yg berwarna hijau menunjukkan kehadiran spesies ini.
• Selain digunakan untuk asuhan benih ikan, spesies ini telah digunakan sebagai makanan kesihatan oleh manusia.

2.2 Moina.
• Sejenis zooplankton dalam kelas Krustasia.
• Spesies ini mudah didapati di kolam-kolam oksidasi bahan kumbahan domestik.
• Pd masa ini ramai penternak ikan hiasan mendapatkan bekalan moina dari kolam oksidasi.
• Moina yg dipungut dari kolam oksidasi tidak sesuai untuk makanan benih.
• Mengandungi banyak bakteria terutamanya E. coli & bakteria lain yg merbahaya kpd kesihatan manusia.
• Moina boleh diternak di dalam tangki atau kolam tanah.

• Ternakan dalam tangki dipilih kerana hasil yg diperolehi adalah satu spesies sahaja ( pure culture ).
• Pengurusan ternakan adalah mudah.
• Hasil yg diperolehi adalah banyak, bersih dan tidak membawa penyakit kpd benih yg diasuh.
• Jika ternakan dalam kolam tanah dijalankan, hasil yg diperolehi adalah pelbagai spesies dan bercampur aduk dengan serangga dan cacing.
• Keadaan ini sukar dikendalikan dan banyak kerja pengasingan perlu dilakukan.


2.3 Cacing.
Ada dua jenis iaitu
• Cacing tubefax( tubefax worm ).
• Cacing darah ( blood worm ).

• Cacing tubefax boleh didapati di sungai atau longkang yg tercemar dari kumbahan domestik, ladang ternakan haiwan dan kilang yg berasaskan pertanian. eg kilang ubi kayu.
• Cacing dari kawasan ini tidak sesuai diberi kpd benih ikan kerana cacing ini membawa bahan toksid dan bakteria dalam badannya.
• Boleh mengancam kesihatan benih ikan.

• Cacing darah adalah merupakan larvae kpd sejenis lalat liar.
• Lalat ini akan bertelur dipermukaan air.
• Telur akan menetas dan larvae berkembang di dasar.
• Cacing ini membuat sarang dan tinggal di dalamnya sehingga cukup sifat dan terbang.
• Cacing ini boleh diternak di dalam tangki.



2.4 Artemia.
• Sejenis zooplankton dalam kelas krustasia.
• Hidup dalam air masin terutamanya di dalam tasek garam yang terdapat di Amerika.
• Dalam tasek yg normal, artemia akan hidup seperti zooplankton yg lain.
• Bila suhu meningkat & air tersejat, kemasinan air akan meningkat.
• Keadaan ini tidak disukai oleh artemia & jika keadaan berlarutan ia akan mati.
• Demi untuk menjamin kesinambungan generasinya, maka ia memaskanya dirinya berada dalam fasa dorman.

• Menghasilkan sista yg kebal & tahan terhadap perubahan alam sekitarnya.
• Dalam fasa ini artemia akan melalui fasa rehat di dalam sista.
• Sista akan terapung di atas permukaan air tasek garam.
• Sista akan dikutip dengan menggunakan penyauk halus, dibersihkan, dinyah kuman sebelum di pek dalam bekas dan di dagangkan.
• Apabia sista ini berada di dalam air dan keadaan telah berubah dan sesuai untuk artemia, maka sista akan menetas dan menghasilkan artemia yang baru.

3.0 Ternakan makanan hidup.
3.1 Air Hijau.
• Jenis-jenis tangki ternakan.
• Tangki fibreglass.
• Berbentuk segiempat bujur.
• Saiz antara 1.0m x2.0m x 1.0 m hingga 2.0m x 4.0m x 1.0 m
• Dalam air – 60 cm
ii. Kolam konkrit.
• Berbentuk segiempat bujur.
• Saiz antara 1.0 m x 3.0m x 1.0m hingga 5.0m x 10.0cm x 1.0 m.
• Dalam air – 60 cm

b. Penyediaan tangki ternakan.
• Pembersihan tangki/kolam.
• Keringkan air kolam.
• Bersihkan kolam/tangki dari lumut & sisa baja.
• Bilas dengan air bersih.
• Jemur tangki/kolam selama 2 – 3 jam.

ii. Membaja kolam/tangki.
• 3 jenis baja – ami-ami, urea & triplesuoerfosfat.
• Masukkan ami-ami pd kadar 0.5 kg/tan air, urea 0.1 kg/tan air dan triplesuperfosfat pd kadar 0.1 kg/tan air.
• Larutkan & kacau sehingga sebati.

iii. Memasukkan air.
• Masukkan air sedalam 30 cm.
• Kacau sehingga rata.
• Kolam/tangki kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh fitoplankton.

iv. Inokulasi benih air hijau.
• Pd hari berikutnya masukkan air hijau sebanyak 2 tan dgn memindahkan air dari kolam sediada.
• Tambahkan air bersih sehingga paras 60 cm.
• Pd hari ke 3 – 7 air akan menjadi hijau & air ini boleh digunakan untuk mengasuh benih ikan.

3.1 Moina.
• Jenis-jenis tangki ternakan.
• Tangki fibreglass.
• Berbentuk segiempat bujur.
• Saiz : 1.0 m x 2.0 m x 1.0 m hingga 2.0 m x 3.0 m x 1.0 m .
• Dalam air 60 cm.

ii. Kolam Konkrit.
• Berbentuk segiempat bujur.
• Saiz : 1.0 m x 2.0 m x 1.0 m hingga 5.0 m x 10.0 m x 1.0 m
• Dalam air adalah 60 cm.

b. Penyediaan tangki ternakan.
• Pembersihan tangki/kolam.
• Keringkan air kolam/tangki.
• Bersihkan tangki dari lumut & sisa baja.
• Bilas dengan air bersih.
• Jemur tangki selama 2 – 3 hari.

ii. Memindahkan air hijau ke tangki/kolam.
• Masukkan air bersih sehingga ke paras 30 cm.
• Pindahkan air hijau dari tangki air hijau ke kolam ternakan sehingga ke paras 60 cm.
• Berikan pengudaraan.
• Densiti air hijau akan meningkat.

iii. Inokulasi benih moina.
• Tangkap moina dgn sauk halus sebanyak 1.0 kg
• Pindahkan ke dalam tangki ternakan.
• Biarkan moina berkembang biak selama 4 hari.
• Moina memakan fitoplankton.
• Moina membiak dengan cara bertelur.
• Telur menetas menghasilkan larvae.
• Larvae akan membesar dgn memakan fitoplankton.
• Kitar hidup moina pendek antara 7 – 10 hari.
• Selepas 10 hari moina akan mati & generasi baru akan berkembang biak.


• Jumlah populasi yg terbentuk adalah bergantung kpd kekerapan pembiakan & peneluran, bekalan fitoplankton dan mutu air.
• Kandungan oksigen, pH & nitrat perlu sesuai untuk mempercepatkan perkembangan dan penghasilan moina.
• Sekiranya pd hari kedua warna air bertukar dari hijau kpd cokelat atau jernih, tambahkan air hijau supaya makanan sentiasa mencukupi.
• Ulangi proses ini hingga hari ke empat ternakan dijalankan.
• Moina akan sentiasa membiak setiap hari jika mutu air berada pada paras yang sesuai.

c. Kutipan hasil.
• Selepas 4 hari benih moina diinokulasi ke dalam tangki ternakan, ia berkembang biak & menghasilkan moina yang banyak.
• Jika benih 1.0 kg dilepaskan ke dalam kolam ternakan hasil yg diperolehi ialah 4.5 – 5.5 kg.
• Jumlah ini boleh ditingkatkan dgn menambah volume air ternakan, meningkatkan DO, meningkatkan jumlah makanan dan pengawasan mutu air yg baik.
• Kutipan hasil dijalankan pada waktu pagi sebelum jam 10.00 pagi.
• Masa utk menjalankan kerja-kerja kutipan adalah

Bergantung kpd densiti, saiz net dan cara kutipan hasil dijalankan.
• Sebagai contoh untuk memungut hasil sebanyak 5.0 kg mengambil masa 5 jam.
• Kutipan hasil dijalankan dgn menggunakan net halus yg direkabentuk khas untuk menangkap moina.
• Saiz net ialah 45 cm x 120 cm dgn saiz mata 0.1 mm.
• Bhg mulut net dipasang pada paip saluran air keluar.
• Buka pintu air & biarkan air mengalir melalui net.
• Moina akan terperangkap di dalam net.


d. Pengendalian hasil lepas tuai.
• Diberi terus kepada rega.
• Moina yg dipungut boleh diberi terus kpd rega.
• Caranya mudah, ambil moina dan masukkan ke dalam tangki asuhan benih.
• Moina akan berenang sambil memakan plankton.
• Rega yg diasuh akan memakan moina.
• Moina yg tidak habis dimakan akan terus hidup dan membiak.
• Penternak akan menambah moina.
• Proses ini akan berulangan sehingga benih mencapai saiz pasaran & dijual.


ii. Moina segar.
• Moina boleh disimpan dalam bekas yg mengandungi air dan pengudaraan.
• Boleh disimpan untuk satu jangkamasa tertentu sahaja kerana faktor kitar hidup.
• Tujuannya ialah utk membolehkan benih ikan mendapat moina yang segar sepanjang masa.
• Melalui cara ini moina tidak dapat disimpan dengan lebih lama lagi akibat faktor kitar hidup, bekalan makanan yang terhad bagi moina.



iii. Moina beku.
• Moina boleh disejukbeku di dlm refrigerator.
• Masukkan moina ke dlm bekas atau beg plastik.
• Bekukan dlm refrigerator.
• Dgn cara ini moina boleh disimpan lebih lama sebagai moina beku.
• Moina ini boleh dijual atau digunakan pada bila-bila masa sahaja.
• Menyimpan moina cara ini penting agar bekalan moina tidak terputus.
• Cara untuk memberi moina beku kpd benih adalah mudah.
• Keluarkan moina dari bekas.

• Masukkan moina itu ke dalam kolam.
• Bungkah moina itu akan terapung.
• Benih akan mengerumuni dan memakan moina yang terpisah akibat pencairan moina beku.
• Masa yang diambil untuk memakan moina seberat 0.5 kg oleh 20,000 ekor benih yang bersaiz 2.5 cm adalah adalah 20 minit sahaja.
• Benih ikan gemar memakan moina terutama sekali ketika benih sedang membesar.


3.3 Cacing.
• Cacing yg mudah diternak ialah cacing darah
( blood worm ).
• Cacing ini digemari oleh ikan hiasan seprti ikan discus, angel dan flower horn.

• Jenis-jenis tangki ternakan.
• Tangki fibreglass.
• Berbentuk segiempat bujur.
• Saiz : 1.0 x 2.0 x 1.0 m hingga 2.0 x 4.0 x 1.0 m
• Dalam air adalah 60 cm.

ii. Kolam konkrit.
• Berbentuk segiempat bujur.
• Saiz : 1.0 x 2.0 x 1.0 m hingga 5.0 x 10.0 x 1.0 m.
• Dalam air ialah 1.0 m



b. Penyediaan tangki ternakan.
• Pembersihan tangki/kolam.
• Keringkan air kolam/tangki.
• Bersihkan tangki/kolam dari kekotoran.
• Bilas kolam/tangki dengan air bersih.
• Jemur tangki/kolam selama 2 – 3 hari.

ii. Membaja kolam/tangki.
• 3 jenis baja yang digunakan iaitu
1. Ami-ami ( sisa ajinomoto ) - 0.5 kg/ton air.
2. Urea - 0.1 kg/ton air
3. Triplesuperfosfat. - 0.1 kg/ton air
• Larutkan campuran di atas sehingga sebati.


iii. Memasukkan air.
• Masukkan air sedalam 30cm dan biarkan semalaman.
• Kesemua baja yg dimasukkan ke dalam kolam/tangki akan bercamour dan sebati.
• Sekarang kola/tangki berkenaan kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh fitoplankton.
• Biarkan selama seminggu.
• Dalam tempoh itu air akan menjadi hijau dan keadaan ini menunjukkan kolam berkenaan kaya dengan fitoplankton.


iv. Inokulasi benih cacing.
• Merupakan larva kpd sejenis lalat liar.
• Lalat akan bertelur di atas permukaan air untuk bertelur.
• Telur yg dihasilkan akan terapung di atas permukaan air dan menetas.
• Larva yang menetas ini akan berpindah ke dasar atau dinding kolam dan membuat sarang seperti sarung.
• Larvae lalat ini akan tinggal dalam sarang.
• Dalam masa seminggu lalat ini akan berkembang dan membesar.
• Akhirnya ia akan menjadi lalat dewasa dan terbang ke udara.

c. Kutipan hasil.
• Selepas 5 – 6 hari ternakan kutipan hasil dijalankan.
• Cacing darat telah mencapai saiz yg dikehendaki.
• Cacing ini akan berada dlm sarang.
• Apabila sarangnya diganggu cacing ini akan keluar dan berenang dalam air.
• Kutipan hasil boleh dijalankan dgn menggunakan penyauk.
• Tangkap cacing & kumpulkan dalam bekas tanpa pengudaraan.
• Cacing ini akan mengalami tekanan akibat tiada oksigen larut.


• Cacing berkenaan akan naik ke permukaan untuk bernafas.
• Pd masa ini sauk cacing dan pindahkan ke dalam bekas yg berisi air dan pengudaraan.
• Kutipan hasil juga boleh dijalankan dgn mengeringkan kolam dgn memasang penapis pd pintu air keluar.
• Cacing yang dikutip perlu diuruskan seperti langkah di atas.

d. Pengendalian hasil selepas tuai.
• Diberi terus kepada benih.
• Sesuai untuk benih yg bersaiz melebihi 1.5 cm.
• Ambil cacing & bersihkan dengan air.
• Taburkan cacing ke dalam kolam asuhan.
• Benih akan memakan cacing sehingga habis.
• Cacing yg tidak dimakan akan terus hidup di dalam sarang yg dibinanya dan terus berkembang menjadi lalat remaja dan terbang ke udara.

ii. Cacing beku.
• Cacing boleh disejukbeku menjadi cacing beku.
• Cacing ini dimasukkan ke dalam beg plastik atau bekas.
• Masukkan cacing ke dalam refrigerator untuk proses pembekuan.
• Cacing beku boleh disimpan lama dan dijual.
• Permintaan cacing beku adalah tinggi di kalangan penggemar ikan hiasan seperti ikan discuss, angel, parot dan flower horn.
• Industri ini sedang berkembang maju.



3.4 Artemia.
• Makanan ini tidak diternak.
• Didapati di pasaran dalam bentuk sista yang dipek dalam tin.
• Sista ini dipungut dari tasek garam di Amerika.

• Penyediaan tangki penetasan artemia.
• Gunakan tangki fibreglass muatan 5 – 50 liter.
• Berbentuk silo dan bahagian bawahnya berbentuk kun.
• Bersihkan tangki dgn rapi menggunakan air dan bahan pencuci yg dibenarkan.


• Tutp bhg bawah tangki dgn getah penyumbat.
• Masukkan air sehingga paras yg dikehendaki.
• Berikan pengudaraan.
• Batu pengudaraan diletakkan di bhg. Bawah tangki dan akan membentuk pergerakan air dari bawah ke atas.
• Masukkan garam kasar pada kadar 25 – 30 gram/liter air.
• Garam akan larut & akan menyebabkan air menjadi masin pada julat 25 – 30 ppt.
• Masukkan 30 gram sista artemia.
• Kulit sista akan menjadi lembut dan menetas selepas 24 jam menghasilkan larvae artemia.

b. Kutipan hasil.
• Selepas 24 jam dieramkan sista akan menetas.
• Larvae artemia dikutip dengan alat pengutip yg diperbuat dari netlon iaitu jaring penapis halus.
• Sebelum kutipan hasil dimulakan, pindahkan alat pengudaraan dari tangki penetasan dan biarkan selama 15 minit.
• Dalam tempoh ini kulit sista akan terapung dipermukaan air manakala larvae artemia akan mendah di dasar.
• Selepas 15 minit buka saluran air dan kumpulkan larvae dengan sauk dan pindahkan ke dalam bekas yg mengandungi air berkemasinan 25 – 30 ppt.

• Kutip larvae artemia sehingga habis.
• Artemia yg dihasilkan bolehlah diberi terus kpd rega yg diasuh.
• Artemia yg tidak habis dimakan dimasukkan kedalam bekas yg mengandungi air bersih dgn kemasinan 25 – 30 ppt dan pengudaraan.
• Artemia ini boleh tahan selama 2 hari.
SEKIAN, TERIMA KASEH

Comments

  1. Untuk culture bloodworm, bekas perlu tempat redup atau direct sunlight?

    ReplyDelete
  2. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ternakan Ikan keli Dalam Tangki

Pengurusan kolam ternakan

PEMBIAKAN IKAN TILAPIA MERAH