Posts

PEMBIAKAN IKAN KELI

Image
PEMBIAKAN IKAN KELI INGIN MAKLUMAT LEBIH JELAS ? SILA E MAIL 1. Pendahuluan. - Ikan keli eksotika, Clarius gariepinus berasal dari Afrika. - Diperairan semulajadi ikan ini membiak secara semulajadi. - Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang diperolehi adalah sedikit. - Bagi tujuan komersial ikan ini dibiakan secara aruhan. - Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan apabila berumur empat bulan. 2.0 Perbezaan jantina. Bil. Sifat Luaran Induk Jantan Induk Betina 1. Alat Kelamin Panjang dan membulat. tajam. 2. Abdomen Kecil Besar & lembang. 3. Saiz Kecil Besar. 4. Kelakuan Agresif Kurang ...

ATACARA PENGENDALIAN PIAWAI TERNAKAN IKAN KELI -STANDARD OPERATING PROCEDURE - SOP)

TATACARA PENGENDALIAN PIAWAI TERNAKAN IKAN KELI (STANDARD OPERATING PROCEDURE - SOP) SAIZ KOLAM 20’ x 8’ – 14.4m2 KEPADATAN 130/m2 SPESIS IKAN Ikan Keli SIFAT Omnivor JUMLAH BENIH 2000 ekor KADAR HIDUP 90% - 1800 ekor FCR 1.2 : 1 (pellet) + makanan tambahan JUMLAH MAKANAN 360kg (18 beg) HARGA MAKANAN RM 2.50/kg (RM 50/beg) = RM 900 TEMPOH PEMELIHARAAN 2 Bulan SAIZ PASARAN 150 – 160 gm HARGA PASARAN RM 5.00 HARGA BENIH / SAIZ BENIH RM 0.12/3 in KOS BENIH RM 240 KOS PENGELUARAN (KOS BENIH DAN MAKANAN) RM 240 + RM 900 = RM 1140 KOS PENGELUARAN (kg) RM 3.80/kg PENGELUARAN 300 kg NILAI PENGELUARAN RM 1500 KEUNTUNGAN SATU PUSINGAN RM 360 PENGELUARAN SETAHUN 3@4 pusingan STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) TERNAKAN KELI TANGKI KANVAS TEMPOH PERKARA/AKTIVITI TINDAKAN / KAEDAH STANDARD / INDIKATOR Minggu Penyediaan tangki : Perlu pastikan ...

KEMARAU DI SUNGAI SEMBRONG

Image
BERITA HARIAN 23 Mac 2010 bhnew@bharian.com.my Sungai Sembrong susut jejas rezeki 20 nelayan Orang Asli Kemarau yang melanda daerah Kluang bukan sahaja memberi kesan kepada manusia. Hidupan air yang menghuni di sungai dan tasik lebih teruk menerima akibatnya.Bila air sudah kering di mana ikan nak tinggal.. Sifu tertarik dengan artikel yang ditulis oleh sdr Kalam Hadi (wartawan BH.). Hanya manusia sahaja yang di war-warkan hadapI masalah., bagaimana dengan hidupan lain? Masalah Nelayan sungai Sembrong pendapatan mereka terjejas. Begitu juga dengan mereka yang meminati hobi memancing. Setahu Sifu Sg Sembrong masih mempunyai banyak sepsis-spesis ikan yang terpelihara. Namun kerakusan manusia meneroka tangkapan ikan secara komersial menjadikan sumber perikanan sungai semakin di hempit kepupusan. Penangkapan ikan menggunakan gombang/belat banyak membawa kemusnahan sumber perikanan sungai. Sifu mendapat maklumat di sungai sembrong terdapat 55 lese...

PASARAN IKAN KELI ??? (siri 1)

Image
Suatu ketika dahulu ketika Jabatan Perikanan memperkenalkan ikan jelawat,ramai penternak memelihara ikan tersebut. Akibatnya terlampau tinggi penawaran maka harganya jatuh menjunam sehingga sukar untuk dipasarkan akibat lambakan pasaran. Senario ini berlaku dalam situasi yang sama ketika ikan Bawal Merah diperkenalkan, harganya daripada RM20/kg menurun begitu teruk sekali sehingga RN 2.00. Kenapa senario ini berlaku sedangkan Statistik Jabatan Perikanan, negara kita memerlukan 600,000 tan metriks setahun daripada industri akuakultur pada 2010 tercapai ke??? Pada pengamatan sifu sikap orang kita yang suka mengikut....Bila keli tangki kanves diperkenalkan,ramai yang menceburi industri ini terutama orang melayu. Baguslah orang melayu sudah bangun dan bersedia menjadi usahawan. Malangnya sejak akhir-akhir ini, ramai yang gulung tikar segelintir daripada mereka terpaksa menanggung hutang...kesian Persoalan yang timbul, di mana peranan Jabatan Perikanan. Ketika sektor swa...

KAJIAN KEPIMPINAN

Kajian Dalam Dan Luar Negeri Selain kajian-kajian terawal yang dibincangkan di atas, terdapat kajian-kajan lepas yang dilakukan sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Kajian-kajian berhubung tingkah laku atau kepimpinan dalam negeri agak banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji, khususnya dalam bidang perguruan. Dalam bab ini kajian-kajian lepas tersebut akan dikategorikan kepada kajian dalam negeri dan kajian luar negeri. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tersebut telah menunjukkan bahawa tidak satu pun tingkah laku kepimpinan sama ada dimensi struktur tugas dan timbang rasa yang dikatakan lebih baik daripada yang lain. Kajian-kajian yang telah dijalankan tersebut juga menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin menggabungkan kedua-dua jenis tingkah laku kepimpinan dalam mencapai matlamat organisasi. Kajian Dalam Negeri Beberapa penyelidikan tentang gaya kepimpinan guru besar telah dilakukan di Malaysia. Thandi (1972) di dalam kajiannya menggunakan 66 orang pengetua dan 1078 ora...

KAJIAN AWAL KEPIMPINAN

Kajian-kajian awal tentang tingkah laku kepimpinan telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Antaranya, kajian oleh Universiti Iowa, Kajian Ohio State University, dan Kajian Universiti Michigan. Salah satu kajian tingkah laku kepimpinan terawal dilakukan oleh Kurt Lewin dan rakan-rakannya di Universiti Iowa. Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji telah mengkaji tiga jenis tingkah laku atau gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, dan laissez-faire. Tingkah laku autokratik ditakrifkan sebagai pemimpin yang berpusatkan kuasa, mengarahkan cara-cara kerja, membuat keputusan sendiri, dan mengehadkan penyertaan subordinat. Tingkah laku demokratik pula merujuk kepada ketua yang cenderung untuk melibatkan subordinat dalam membuat keputusan, menentukan kaedah kerja dan matlamat, serta menggunakan maklum balas sebagai peluang untuk melatih subordinat. Manakala tingkah laku laissez-faire memberi kebebasan kepada kelompok untuk membuat keputusan dan menyelesaikan kerja mengikut cara mereka sendiri ...

APA ITU KEPIMPINAN

Kepimpinan didefinisikan dengan cara yang berbeza-beza daripada pelbagai sudut. Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi kegiatan kelompok yang diorganisasikan dalam usaha untuk menentukan tujuan dan pencapaian. Gribben (1972), seorang tokoh pengurusan menyatakan bahawa kepimpinan itu adalah sebagai proses mempengaruhi sesuatu kelompok dalam situasi dan masa tertentu untuk memberi pengalaman dan kepuasan sejajar dengan kepimpinan yang diamalkan. Pendapat ini dipersetujui oleh Hersey dan Blanchard (1982) yang menyatakan kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan individu, atau kelompok dalam usaha mencapai tujuan dalam situasi tertentu. Pandangan yang sama dikemukakan oleh Terry (1972) yang mengatakan bahawa tujuan organisasi adalah bagi mencapai sesuatu matlamat. Bagi mencapai matlamat tersebut, ia melibatkan proses mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Itulah yang dinamakan kepimpinan. Jadi, kepimpinan adalah kegiatan mempengaruhi orang lain untuk be...