Posts

Showing posts from March, 2010

PEMBIAKAN IKAN TILAPIA MERAH

Image
PEMBENIH IKAN TILAPIA MERAH

1.0 Pendahuluan.
• Hasil kacukan antara Tilapia mossambica x Tilapia nilotica.
• Di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand pada tahun 1984.
• Dipelihara & dibiakkan di PPA Enggor, PPA Jitra dan PPA Bukit Tinggi.
• Bersaiz antara 2.5 – 5.0 cm.
• Baka baru juga dibawa masuk oleh pengeluar benih ikan swasta dari Taiwan, Thailand dan Singapura.
• Kini terdapat beberapa veriety ikan tilapia di pasaran tempatan & antarabangsa.


2.0 Status Keperluan Benih Tilapia Merah.
• Pd masa ini pembiakan tilapia merah masih dijalankan secara pembiakan semulajadi dalam kolam tanah & bekas lombong.
• Jumlah benih yg diperolehi adalah terhad & saiz benih adalah pelbagai & sukar mendapat saiz benih yg hampir seragam.
• Pd. 2001 sebanyak 33,296,117 ekor benih tilapia telah berjaya dihasilkan.
• 5,223,506 ekor dihasilkan oleh PPA Jabatan.
• 28,072,611 ekor dihasilkan oleh hatcheri swasta.
• Pd. 2010 – 300 juta ekor benih tilapia merah diperlukan untuk hasilkan 120,000 tan metri…

PEMBIAKAN IKAN KELI

Image
PEMBIAKAN IKAN KELI

INGIN MAKLUMAT LEBIH JELAS ? SILA E MAIL


1. Pendahuluan.
- Ikan keli eksotika, Clarius gariepinus berasal dari Afrika.
- Diperairan semulajadi ikan ini membiak secara semulajadi.
- Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang
diperolehi adalah sedikit.
- Bagi tujuan komersial ikan ini dibiakan secara aruhan.
- Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan apabila berumur empat
bulan.


2.0 Perbezaan jantina.

Bil. Sifat Luaran Induk Jantan Induk Betina
1. Alat Kelamin Panjang dan membulat.
tajam.
2. Abdomen Kecil Besar &
lembang.
3. Saiz Kecil Besar.
4. Kelakuan Agresif Kurang

ATACARA PENGENDALIAN PIAWAI TERNAKAN IKAN KELI -STANDARD OPERATING PROCEDURE - SOP)

TATACARA PENGENDALIAN PIAWAI TERNAKAN IKAN KELI
(STANDARD OPERATING PROCEDURE - SOP)



SAIZ KOLAM 20’ x 8’ – 14.4m2
KEPADATAN 130/m2
SPESIS IKAN Ikan Keli
SIFAT Omnivor
JUMLAH BENIH 2000 ekor
KADAR HIDUP 90% - 1800 ekor
FCR 1.2 : 1 (pellet) + makanan tambahan
JUMLAH MAKANAN 360kg (18 beg)
HARGA MAKANAN RM 2.50/kg (RM 50/beg) = RM 900
TEMPOH PEMELIHARAAN 2 Bulan
SAIZ PASARAN 150 – 160 gm
HARGA PASARAN RM 5.00
HARGA BENIH / SAIZ BENIH RM 0.12/3 in
KOS BENIH RM 240
KOS PENGELUARAN
(KOS BENIH DAN MAKANAN) RM 240 + RM 900 = RM 1140
KOS PENGELUARAN (kg) RM 3.80/kg
PENGELUARAN 300 kg
NILAI PENGELUARAN RM 1500
KEUNTUNGAN SATU PUSINGAN RM 360
PENGELUARAN SETAHUN 3@4 pusingan




STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)
TERNAKAN KELI TANGKI KANVAS

TEMPOH PERKARA/AKTIVITI TINDAKAN / KAEDAH STANDARD / INDIKATOR

Minggu Penyediaan tangki : Perlu pastikan paras air tersebut tembus cah…

KEMARAU DI SUNGAI SEMBRONG

Image
BERITA HARIAN 23 Mac 2010 bhnew@bharian.com.my

Sungai Sembrong susut jejas rezeki 20 nelayan Orang Asli

Kemarau yang melanda daerah Kluang bukan sahaja memberi kesan kepada manusia. Hidupan air yang menghuni di sungai dan tasik lebih teruk menerima akibatnya.Bila air sudah kering di mana ikan nak tinggal.. Sifu tertarik dengan artikel yang ditulis oleh sdr Kalam Hadi (wartawan BH.). Hanya manusia sahaja yang di war-warkan hadapI masalah., bagaimana dengan hidupan lain?

Masalah Nelayan sungai Sembrong pendapatan mereka terjejas. Begitu juga dengan mereka yang meminati hobi memancing. Setahu Sifu Sg Sembrong masih mempunyai banyak sepsis-spesis ikan yang terpelihara. Namun kerakusan manusia meneroka tangkapan ikan secara komersial menjadikan sumber perikanan sungai semakin di hempit kepupusan.

Penangkapan ikan menggunakan gombang/belat banyak membawa kemusnahan sumber perikanan sungai. Sifu mendapat maklumat di sungai sembrong terdapat 55 lesen go…

PASARAN IKAN KELI ??? (siri 1)

Image
Suatu ketika dahulu ketika Jabatan Perikanan memperkenalkan ikan jelawat,ramai penternak memelihara ikan tersebut. Akibatnya terlampau tinggi penawaran maka harganya jatuh menjunam sehingga sukar untuk dipasarkan akibat lambakan pasaran. Senario ini berlaku dalam situasi yang sama ketika ikan Bawal Merah diperkenalkan, harganya daripada RM20/kg menurun begitu teruk sekali sehingga RN 2.00.
Kenapa senario ini berlaku sedangkan Statistik Jabatan Perikanan, negara kita memerlukan 600,000 tan metriks setahun daripada industri akuakultur pada 2010 tercapai ke???

Pada pengamatan sifu sikap orang kita yang suka mengikut....Bila keli tangki kanves diperkenalkan,ramai yang menceburi industri ini terutama orang melayu. Baguslah orang melayu sudah bangun dan bersedia menjadi usahawan. Malangnya sejak akhir-akhir ini, ramai yang gulung tikar segelintir daripada mereka terpaksa menanggung hutang...kesian

Persoalan yang timbul, di mana peranan Jabatan Perikanan. Ketika sektor swasta rancak…

KAJIAN KEPIMPINAN

Kajian Dalam Dan Luar Negeri

Selain kajian-kajian terawal yang dibincangkan di atas, terdapat kajian-kajan lepas yang dilakukan sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Kajian-kajian berhubung tingkah laku atau kepimpinan dalam negeri agak banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji, khususnya dalam bidang perguruan. Dalam bab ini kajian-kajian lepas tersebut akan dikategorikan kepada kajian dalam negeri dan kajian luar negeri. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tersebut telah menunjukkan bahawa tidak satu pun tingkah laku kepimpinan sama ada dimensi struktur tugas dan timbang rasa yang dikatakan lebih baik daripada yang lain. Kajian-kajian yang telah dijalankan tersebut juga menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin menggabungkan kedua-dua jenis tingkah laku kepimpinan dalam mencapai matlamat organisasi.

Kajian Dalam Negeri

Beberapa penyelidikan tentang gaya kepimpinan guru besar telah dilakukan di Malaysia. Thandi (1972) di dalam kajiannya menggunakan 66 orang pengetua dan 1078 oran…

KAJIAN AWAL KEPIMPINAN

Kajian-kajian awal tentang tingkah laku kepimpinan telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Antaranya, kajian oleh Universiti Iowa, Kajian Ohio State University, dan Kajian Universiti Michigan.

Salah satu kajian tingkah laku kepimpinan terawal dilakukan oleh Kurt Lewin dan rakan-rakannya di Universiti Iowa. Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji telah mengkaji tiga jenis tingkah laku atau gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, dan laissez-faire. Tingkah laku autokratik ditakrifkan sebagai pemimpin yang berpusatkan kuasa, mengarahkan cara-cara kerja, membuat keputusan sendiri, dan mengehadkan penyertaan subordinat. Tingkah laku demokratik pula merujuk kepada ketua yang cenderung untuk melibatkan subordinat dalam membuat keputusan, menentukan kaedah kerja dan matlamat, serta menggunakan maklum balas sebagai peluang untuk melatih subordinat. Manakala tingkah laku laissez-faire memberi kebebasan kepada kelompok untuk membuat keputusan dan menyelesaikan kerja mengikut cara mereka sendiri…

APA ITU KEPIMPINAN

Kepimpinan didefinisikan dengan cara yang berbeza-beza daripada pelbagai sudut. Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi kegiatan kelompok yang diorganisasikan dalam usaha untuk menentukan tujuan dan pencapaian. Gribben (1972), seorang tokoh pengurusan menyatakan bahawa kepimpinan itu adalah sebagai proses mempengaruhi sesuatu kelompok dalam situasi dan masa tertentu untuk memberi pengalaman dan kepuasan sejajar dengan kepimpinan yang diamalkan. Pendapat ini dipersetujui oleh Hersey dan Blanchard (1982) yang menyatakan kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan individu, atau kelompok dalam usaha mencapai tujuan dalam situasi tertentu.

Pandangan yang sama dikemukakan oleh Terry (1972) yang mengatakan bahawa tujuan organisasi adalah bagi mencapai sesuatu matlamat. Bagi mencapai matlamat tersebut, ia melibatkan proses mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Itulah yang dinamakan kepimpinan. Jadi, kepimpinan adalah kegiatan mempengaruhi orang lain untuk b…

DEFINISI KEPIMPINAN

1.7.1 Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.

1.7.2 Tingkah laku Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1989), tingkah laku bermaksud perbuatan, gerak geri, kelakuan sikap, dan perangai. Manakala kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Gaya kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang mengamalkan secara tinggi atau rendah di dalam satu atau kedua-dua dimensi gaya kepimpinan. Dimensi gaya kepimpinan adalah struktur dan timbang rasa.



1.7.3 Struktur Tugas

Menurut Yulk (1989), struktur tugas adalah darjah seseorang pemimpin menstruktur dan mendefinisikan peraturan-peraturan pekerjanya ke arah mencapai matlamat.




1.7.4 Timbang r…

MODEL KEPIMPINAN

Beberapa teori dan pendekatan yang berbeza digunakan oleh penyelidik-penyelidik dalam mengkaji gaya kepimpinan. Tiga pendekatan utama dalam mengkaji gaya kepimpinan adalah pendekatan sifat, pendekatan tingkah laku, dan pendekatan situasi. Fokus kajian ini adalah pendekatan tingkah laku.

Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd. Makhbul (2002), pendekatan tingkah laku boleh dimaksudkan sebagai apakah yang dilakukan oleh seseorang pemimpin terhadap pengikutnya atau organisasinya dalam melaksanakan tugasnya. Pendekatan ini akan menumpukan kepada apa yang dilakukan oleh pemimpin yang efektif dan bagaimana mereka mendelegasikan tugas-tugas, cara berhubung, cara mereka mendorong subordinat mereka, dan bagaimana mereka menjalankan tugas. Secara umumnya, terdapat tiga model yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik dalam mengenal pasti tingkah laku pemimpin iaitu Kajian Ohio State (OSU), Kajian Universiti Michigan, dan Grid Pengurusan.

Dalam kajian yang dijalankan ini, model yang akan digun…

PERANAN MEDIA MASA TERHADAP PROSES SOSIALISASI POLITIK DI MALAYSIA

Image
Bincangkan dengan kritis peranan yang dimainkan dan kesan yang diberikan oleh media masa terhadap proses sosialisasi politik di Malaysia.


1.0 Pengenalan.


Media massa tempatan memainkan peranan menyampaikan situasi semasa dan perkembangan politik yang berlaku di negara kita. Tentu kita masih ingat reformasi dan tindakan liar segelintir penyokong Datuk Seri Anwar di ibu kota Kuala Lumpur. Bagaimanakah kita mendapat maklumat tersebut? Sudah tentu kita mendapatkan maklumat tersebut melalui media massa. Maklumat yang disampaikan itu dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang isu tersebut. Walau bagaimanapun, tafsiran berita tersebut terpulanglah kepada kita sendiri untuk menilainya.
Oleh itu, kita tidak boleh menafikan peranan dan kesan media massa terhadap proses sosialisasi politik di Malaysia. Inilah tajuk yang akan kita kupas dan bincangkan secara kritis. Perbincangan kita mengenai media massa adalah secara umum, namun di Malaysia, akhbar dan …